KAJIAN tentang peranan pemakanan dan kanser amat luas. Ilmu pengetahuan berkaitan dengannya semakin bertambah hari demi hari dengan penyelidikan yang terus memainkan peranan penting dalam pemakanan berkaitan kanser.
Menurut TK Farmas Solution & Industries, American Institute for Cancer Research dan World Cancer Research Fund menganggarkan bahawa 30 hingga 40 peratus daripada semua jenis kanser boleh dicegah melalui diet seimbang, aktiviti fizikal dan pemantauan berat badan yang ideal.
Jelasnya, kesan diet terhadap risiko kanser telah diperoleh daripada kajian ke atas kaitan antara corak pemakanan dan kadar kanser di populasi yang berlainan di seluruh dunia.
"Ia telah dicatatkan sejak tahun 1970-an lagi di mana negara-negara maju di Barat seperti Amerika dan Eropah mempunyai diet yang tinggi dengan produk haiwan, lemak dan gula, telah menyumbang kepada kadar kanser yang tinggi terutamanya kanser kolorektum, payudara dan prostat.
"Sebaliknya negara membangun pula biasanya mempunyai diet berdasarkan satu atau dua makanan ruji berkhasiat, pengambilan makanan daripada sumber haiwan yang rendah, serta kurang lemak dan gula.
Secara umumnya, tidak kira jenis kanser atau kecenderungan genetik, diet seimbang, ditambah dengan senaman yang teratur adalah amat penting untuk pencegahan dan rawatan kanser.
Pengambilan nutrisi berkhasiat dapat mengurangkan risiko kanser dan juga penting bagi pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan.
Sesetengah pesakit bimbang bahawa antioksidan seperti Vitamin C, E dan beta-karoten mungkin mengurangkan keupayaan membunuh tumor ketika menjalani rawatan kimoterapi dan radiasi. Ini sebenarnya tidak berlaku.
Berdasarkan kajian oleh Pengarah Pusat Kerjasama WHO dalam Perubahan Global, Alam Sekitar dan Kesihatan Awam yang diterbitkan American Journal of Clinical Nutrition, dalam kedua-dua kajian manusia dan haiwan, antioksidan meningkatkan keberkesanan kimoterapi serta radiasi untuk membunuh tumor sambil melindungi tisu badan daripada kerosakan.
Menurut kajian tersebut, antioksidan amat bermanfaat kepada kimoterapi dan radiasi.
Walaupun kedua-dua rawatan dapat mengurangkan tumor, ia juga boleh menjejaskan tisu-tisu normal seperti jantung, buah pinggang, lapisan usus dan sumsum tulang.
Mujurlah, antioksidan seperti vitamin dapat melindungi tisu normal daripada kerosakan tersebut.
Berdasarkan kajian tersebut, Vitamin E juga mempunyai aktiviti antikanser yang unik. Seterusnya kajian oleh Shklar dan rakan dari Universiti Harvard pada tikus yang mempunyai kanser hati, vitamin C dan K meningkatkan keberkesanan membunuh sel kanser sambil mengurangkan kerosakan organ daripada enam jenis rawatan kimoterapi yang berbeza.
Menurut kajian Taper dan rakan di dalam International Journal of Cancer pula, Vitamin A (isotretinoin) meningkatkan keupayaan membunuh tumor bagi rawatan kimoterapi vincristine dan daunorubicin dalam 24 pesakit dengan leukemia limfoblastik akut.
Dalam kajian klinikal Pieters dan rakan dari Jabatan Sains Farmaseutikal, Universiti Antwerp, Belgium terhadap haiwan, suntikan Vitamin C sebelum radioterapi memberikan perlindungan kepada badan haiwan tanpa menjejaskan pembunuhan tumor, justeru menunjukkan bahawa Vitamin C diberikan sebelum radioterapi dapat membantu pesakit bertolak ansur dengan rawatan.
KEBAIKAN VITAMIN B17
Namun, masih ramai yang tidak mengetahui akan kebolehan vitamin B17. Vitamin B17 atau dikenali sebagai Laetrile merupakan salah satu bahan aktif utama di dalam biji aprikot liar organik. Vitamin B17 Laetrile telah dilaporkan mempunyai sifat antioxidatif, antibakteria, antiradang dan imunoregulatori.
Ini telah dibuktikan secara saintifik oleh Minaiyan dan rakan dari Jabatan Farmakologi, Pusat Penyelidikan Fakulti Farmasi dan Sains Farmaseutikal, Universiti Sains Perubatan Isfahan, Iran yang mana biji aprikot liar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menghapuskan radikal bebas serta melindungi membran lipid sel daripada teroksidasi.
Selain itu, biji aprikot liar juga kaya dengan sebatian polifenol yang berfungsi untuk melawan keradangan atau antiradang.
Menurut kajian Research in Pharmaceutical Sciences, vitamin B17 Laetrile mampu melindungi lapisan mukosa usus daripada kecederaan kimia dan enzim proteolitik sekali gus melindungi kesihatan usus pesakit kanser ketika menjalani rawatan.
Malahan, hasil kajian Zheng dan rakan pada 2019 ini juga menunjukkan vitamin B17 Laetrile mampu mengurangkan tahap sel-sel imunosupresif atau faktor berkaitan keradangan untuk memusnahkan permukaan tumor, menghalang tumor daripada merebak dan merencatkan pertumbuhan tumor.
Vitamin B17 Laetrile yang mempunyai kebolehan antiradang ini juga sangat penting terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit seperti ekzema, psoriasis, alahan dan asma kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan iritasi pada kulit dan paru-paru.
Tambahan lagi, banyak kajian berkaitan vitamin B17 Laetrile telah dijalankan menunjukkan vitamin B17 Laetrile mampu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Kajian yang dijalankan Baroni dan rakan dari Universiti Campania Luigi Vanvitelli, Naples, Itali mendapati vitamin B17 Laetrile dapat meningkatkan fungsi imun dengan cara meningkatkan penghasilan T-limfosit dan mengurangkan penghasilan protein yang terlibat dalam pembesaran tumor T-limfosit merupakan sejenis sel darah putih yang memainkan peranan penting dalam sistem imun badan.
T-limfosit dihasilkan di tulang sum-sum dan melindungi badan daripada jangkitan dan dikatakan mampu melawan sel kanser.
Penggunaan vitamin B17 Laetrile telah lama diamalkan oleh pesakit kanser sebagai pelengkap kepada rawatan mereka disamping menjalani rawatan konvensional seperti kimoterapi dan radioterapi.
Kebolehan vitamin B17 Laetrile untuk melawan kanser juga telah dibuktikan melalui banyak kajian di seluruh dunia.
Kajian dilakukan oleh Makarevic dan rakan (2014) dari Jabatan Urologi, Hospital Universiti Goethe, Frankfurt am Main, Jerman membuktikan vitamin B17 Laetrile mampu mengurangkan pertumbuhan dan pembiakan sel kanser pundi kencing.
Malahan kajian terbaru mengenai kelebihan vitamin B17 Laetrile bukan sahaja mampu membunuh sel kanser, tetapi juga mampu merencatkan pertumbuhan endometriosis.
Ini dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh Hu dan rakan (2019) di Hospital Wilayah HuBei, China.
Endometriosis adalah penyakit yang seringkali menyakitkan di mana tisu yang serupa dengan tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim, iaitu endometrium tumbuh di luar rahim. Endometriosis paling kerap melibatkan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis.
Berdasarkan ini, Dr Ismail Lasa, Pakar Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan berpendapat Vitamin B17 Laetrile ini mampu membantu menggalakkan perkembangan sel sihat di dalam tubuh badan sekali gus mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan penyakit metabolik selain dapat meningkatkan kecergasan seseorang khususnya bagi mereka yang sedang menjalani rawatan terapi.
Bagaimanapun, Dr Ismail Lasa juga tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia.
Ini amat berisiko kepada kesihatan badan apabila boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan seperti cirit-birit, muntah, sakit kepala, demam dan sebagainya.
Justeru itu, bagi mendapatkan keberkesanan vitamin B17 Laetrile terhadap pemulihan kanser dan penyakit metabolik yang lain perlu dipastikan bahawa vitamin B17 Laetrile adalah daripada biji aprikot liar yang organik serta perlu mengambilnya dengan dos yang mencukupi.
Oleh sebab itu, beliau menasihati pengguna agar memilih produk berasaskan biji aprikot ini dengan berhati-hati.
Produk tersebut perlulah diproses mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi, melalui penyediaan klinikal, mempunyai status HALAL dan paling penting adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
- TK Farmas Solution & Industries
- Tel: 03-8927 3332/03-8927 3330
- Fax: 03-8927 3331