Purata 4 kanak-kanak hilang setiap hari, jangan dedah identiti anak di media sosial

Iklan
Purata 4 kanak-kanak hilang setiap hari, jangan dedah identiti anak di media sosial

MENJADI ibu pada di era digital hari ini adalah sangat mencabar jika kita gagal untuk memanfaatkannya kemudahan dan teknologi sedia ada dengan sebaik mungkin.

Antara cabaran utama adalah apabila ramai pengguna laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram gemar berkongsi maklumat diri, privasi, lokasi mereka dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Awas! Kita sebenarnya telah melakukan kesalahan dan mampu mendatangkan bahaya kepada anak tanpa kita sedar!

Sebenarnya data yang kita kongsikan di media sosial itu sangat berbahaya dan boleh mendatangkan musibah kepada kita dan juga ahli keluarga.

Iklan

Seperti contoh, baru-baru ini tular satu video seorang pelajar sekolah yang di sapa seorang jurugambar ketika si anak sedang menunggu ibunya untuk pulang dari sekolah.

Jurugambar tersebut kemudiannya mengambil gambar kanak-kanak comel itu dan kemudiannya dimuat naik di TikTok.

Iklan

Seperti apa yang dijangka, posting tersebut tular di TikTok dan berjaya meraih ribuan komen yang memuji hasil kerja jurugambar tersebut dan juga kecomelan pelajar sekolah itu bergaya.

Hati hati ya ibu bapa, jangan terlalu teruja untuk berkongsi maklumat anak-anak di media sosial.

Mungkin ada mata mata yang sedang memerhati dan hanya menunggu peluang dan ruang untuk bertindak atau melakukan jenayah.

Memetik perkongsian di Facebook Public Health Malaysia, dari tahun 2012 sehingga 2017, terdapat 482 kes kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilaporkan hilang di Malaysia.

Dengan mengambil statistik pada tahun 2017 pula, boleh dikatakan purata empat orang kanak-kanak hilang untuk setiap hari di negara ini.

Jadi, jangan sesekali dedahkan anak-anak dengan bahaya yang kita sendiri buat tanpa sedar.

Antaranya adalah seperti :

  • Mendedahkan nama dan maklumat peribadi anak di media sosial.
  • Berkongsi foto atau video anak-anak dihukum, didenda atau dimalukan kepada umum di media sosial.
  • Lokasi anak tunggu kenderaan untuk pulang.
  • Lokasi sekolah anak.
  • Nama kelas dan maklumat di sekolah.
  • Gambar anak dengan duit, barang kemas atau barang berharga.
  • Gambar anak dalam keadaan tidak berpakaian sempurna.

Oleh demikian, jadilah ibu bapa yang bijak dan prihatin dengan situasi dan keadaan semasa. Jika korang sebelum ini pernah melakukan perkara tersebut mohon hentikan untuk kebaikan bersama.

Selain itu, jangan lupa privatekan akaun media sosial korang! Mencegah jauh lebih baik daripada merawat. Semoga bermanfaat!