Beyonce, Taylor Swift lakar sejarah di Anugerah Grammy ke-63

Iklan
Beyonce & Taylor Swift Grammy Awards 2021

BIARPUN kemeriahannya tidak setanding penganjuran terdahulu disebabkan pandemik Covid-19, Anugerah Grammy ke-63 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Ahad, tetap diraikan penuh bangga menerusi pelbagai pencapaian manis barisan pemenangnya.

Paling mencuri tumpuan tentunya, penyanyi Beyonce, 39, yang berjaya memenangi tiga lagi anugerah Grammy, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat diri dan kerjaya seninya apabila menjadi penyanyi paling banyak memenangi anugerah Grammy.

Iklan
Iklan

Beyonce menang kategori Persembahan R&B Terbaik menerusi lagu Black Parade, Persembahan Rap Terbaik (Savage: ft Megan Thee Stallion) dan Muzik Video Terbaik (Brown Skin Girl).

Beyonce kini memiliki 28 buah trofi Grammy dan memadam rekod yang sebelum ini dipegang penyanyi country, Alison Krauss dengan 27 trofi.

Iklan

Pencapaian paling manis buat Beyonce yang sentiasa tampil dengan karya-karya terbaik dan popular di seluruh dunia.

Sementara itu, Taylor Swift, 31, pula membawa pulang kemenangan untuk kategori utama, Album Terbaik menerusi, Folklore.

Iklan

Ia merupakan kemenangan kali ketiga Swift untuk kategori terbabit sepanjang penganjuran dan menjadi penyanyi wanita pertama yang mencatat sejarah tersebut. Sebelum ini, Swift pernah menang menerusi album Fearless dan 1989.

Senarai penuh pemenang:

Rakaman Album Terbaik: Everything I Wanted (Billie Eilish)

Album Terbaik: Folklore (Taylor Swift)

Lagu Terbaik: I Can’t Breathe (H.E.R)

Artis Baharu Terbaik: Megan Thee Stallion

Persembahan Pop Solo Terbaik: Watermelon Sugar (Harry Styles)

Persembahan Duo Pop/Berkumpulan Terbaik: Rain On Me (Lady Gaga & Ariana Grande)

Album Pop Vokal Terbaik: Future Nostalgia (Dua Lipa)

Lagu Rock Terbaik: The New Abnormal (The Strokes)

Persembahan R&B Terbaik: Black Parade (Beyonce)

Lagu R&B Terbaik: Better Than I Imagined (Robert Glasper featuring H.E.R. & Meshell Ndegeocello)

Lagu Rap Terbaik: Savage (Megan Thee Stallion featuring Beyoncé)

Album Rap Terbaik: King’s Disease (Nas)

Persembahan Rap Terbaik: Savage (Megan Thee Stallion featuring Beyoncé)

Lagu Country Terbaik: Crowded Table (The Highwomen)

Album Country Terbaik: Wildcard (Miranda Lambert)