Kecekapan anggota selamatkan gadis dipuji PDRM

Iklan
Kecekapan anggota selamatkan gadis dipuji PDRM

SEJAK akhir- akhir ini, terdapat banyak kes bunuh diri yang berlaku di negara kita.

Individu itu dilihat amat nekad melakukan perbuatan tersebut mungkin dek kerana terlalu stres atau alami depresi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang semalam itu tidak meragut nyawa kerana gadis tersebut berjaya diselamatkan polis.

Iklan

Tenyata tindakan pantas polis berkenaan mendapat pujian warganet yang mengatakan mereka sangat berani dan professional dalam menjalankan tugas.

Iklan

Bukan hanya itu, Polis Diraja Malaysia melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) turut memberi pujian terhadap anggota terbabit.

"Beliau turut dibantu oleh anggota polis lain untuk menyelamatkan mangsa yang cuba terjun dari jejambat di Bukit Tinggi, Kilometer 46 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

"Tahniah atas keberanian tersebut. Semoga menjadi inspirasi buat warga pasukan untuk sentiasa membantu masyarakat dalam apa jua keadaan," tulisnya.

Baca juga Beli mangga di lampu isyarat, kena saman RM2,000

Semoga perkara sebegini tidak berulang lagi di negara kita.