Syarat naik roller coaster era pandemik Covid-19, anda dilarang menjerit!

Iklan
Syarat naik roller coaster era pandemik Covid-19, anda dilarang menjerit!

SELAIN perlu menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pentadbiran taman tema di California, Amerika Syarikat (AS) akan menguat kuasakan larangan menjerit ketika menaiki permainan ekstrem dalam usaha menghentikan penyebaran virus Covid-19.

Ya! Dengan kata mudahnya jika korang ingin menaiki roller coaster di taman tema tersebut termasuk Disneyland, kita dilarang sama sekali untuk menjeri! Wow! Agak-agak kalau tak jerit kita nak respon macam mana ye kalau takut?

Iklan
Iklan

Memetik laporan akhbar Metro News UK, perkara tersebut adalah sebahagian kelaziman baharu yang perlu dipatuhi di taman tema di AS dalam era pandemik Covid-19.

Larangan tersebut juga merupakan antara alternatif pembukaan semula taman tema dengan bertanggungjawab di bawah kendalian Persatuan Tarikan dan Taman California (CAPA) yang mengarahkan semua taman tema berbuat demikian.

Iklan

Disneyland juga dilaporkan melarang pengunjung mencerit ketika menaiki permainan ekstrem seperti roller coaster.

CAPA juga mahukan semua pengunjung memakai pelitup muka di dalam kawasan taman tema supaya tiada titisan air liur menitik di atas mana-mana permainan di situ.

Iklan

Selain itu, bilangan penumpang dalam semua jenis permainan yang ditawarkan oleh mana-mana taman tema juga perlu dihadkan bagi memudahkan proses keluar masuk pengunjung.

Panduan baharu ini turut dikenakan di taman tema popular lain seperti :

  • Golden State termasuk Six Flags Magic Mountain
  • Knott’s Berry Farm
  • Legoland California
  • SeaWorld San Diego

Menurut laporan Jabatan Pendaftar Wilayah Oren, hanya taman tema yang bukan ahli CAPA dikecualikan daripada panduan pembukaan baharu ini.

Gabenor California, Gavin Newsom baru-baru ini mengumumkan taman tema di negeri tersebut boleh dibuka semula mulai 1 April ini.

Tarikan permainan ekstrem di taman tema yang sering menjadi tumpuan pelancong diharap dapat membantu mengumpulkan semula ratusan juta pengunjung yang hilang semasa penutupan pusat hiburan itu selama setahun akibat penularan Covid-19 di AS.

Selain AS, taman-taman tema di Jepun turut mengenakan peraturan serupa ketika pembukaan pusat hiburannya pada musim panas lepas sebagai langkah mengekang penyebaran virus Covid-19 dalam kalangan pengunjung.

Jadi, adalah peraturan serupa akan diguna pakai pada taman tema tempatan kita? Bersediakah kita untuk tidak menjerit menaiki roller coaster? Sama-sama kita nantikan.