BUAH kiwi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.
Bahkan, siapa sangka, saiznya yang kecil mengandungi banyak nutrien seperti vitamin C, K, E, folat, potasium, kalsium dan kalium ini berasal dari selatan China.
Maka, tidak hairanlah jika ia dijadikan snek buah-buahan, jus atau hiasan kuih, memang padat dengan zat penting.
Terdapat dua jenis buahnya iaitu isi berwarna hijau dikenali sebagai Hayward dan berisi kuning dikenali Hort 16A.
2. Sumber antioksidan
Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting, membolehkan buah kiwi melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Antioksidan pada buah kiwi mampu bertindak sebagai anti-keradangan, mencegah barah dan hepatitis.
4. Atasi penyakit semput
Manfaatkan buah kiwi juga dapat dirasakan oleh pesakit semput, seperti dilaporkan penyelidik di Universiti Nasional Seoul di Korea Selatan.
Menurut kajian mereka, enzim actinidin yang tinggi kandungannya dalam buah kiwi, dapat mengurangkan gejala penyakit semput dengan mengurangkan sel darah putih berlebihan dalam pesakit. Makan buah kiwi dikatakan dapat menyihatkan paru-paru.
6. Atasi insomnia
Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki mutu tidur kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, serotonin dan antioksidan akan membuat tubuh menjadi lebih tenang.
Boleh cuba makan kiwi setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk menghilangkan insomnia yang dipercayai berpunca daripada tekanan.
Baca juga Buah aprikot boleh halang kanser daripada merebak. Kajian universiti terkemuka buktikan kesahihannya
8. Turunkan berat badan
Buah kiwi juga boleh dijadikan sebagai makanan alternatif bagi korang yang cuba menurunkan berat badan.
Dua biji buah kiwi sehari, cukup untuk memenuhi keperluan serat sebanyak 4.2 gram dan membawa kepada sistem penghadaman yang sihat.
Semoga bermanfaat!
Sumber: mediacorp