KAKAK kepada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran Zainal Abidin dengan sekali lafaz, pada pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan adik lelaki pengantin perempuan, Mohamed Aqief yang berwakil walikan bapa kandung mereka.
Pada majlis itu, Nabila menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Berita pernikahan Nabila dan Engku Emran sudah hangat diperkatakan sejak semalam, bagaimanapun kedua-dua belah pihak enggan memberi sebarang komen mengenai hari bahagia mereka itu.
Nabila pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan selama tiga tahun itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran juga pernah dua kali mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, namun bercerai pada 2014. Dia kemudiannya berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2018, namun bercerai pada Julai tahun lalu.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
Kredit Foto & Video : Instagram Neelofa