Menu istimewa Ramadan, Nasi Ambeng Mami, Set Ayam Penyet Nusantara dan Set Ayam Geprek Mami Berapi memang power           

Iklan
dapur mamii siti

SAJIAN autentik masyarakat Jawa memang tersendiri. Kepedasan dalam setiap masakan menjadi faktor dominan orang kita gemar menikmatinya.

Disebabkan itulah seorang usahawan, Siti Fatimah Mydin Pitchay mengusahakan konsep sedemikian rupa di Restoran Dapur Mamii Siti miliknya yang terletak di medan selera AEON Big Seberang Prai, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Ketika dihubungi baru-baru ini, Siti Fatimah berkata, menu paling laris dan dicari-cari oleh para pelanggannya di premisnya adalah Set Ayam Penyet Nusantara dan Set Ayam Geprek Mami Berapi.

Iklan

Set Ayam Penyet Nusantara hadir dengan nasi putih, tempe goreng, terung goreng dan sambal penyet. Set Ayam Geprek Mami Berapi pula mempunyai variasi pilihan lauk seperti isi ikan talapia, sotong dan udang (dijual pada harga bermula RM17.90 hingga RM27.90)

"Alhamdulillah, rata-rata pelanggan yang pernah menikmati kedua-dua menu itu sentiasa memuji kelazatan sambal ayam penyet dan geprek yang lain daripada lain. Saiz ayam yang besar juga membuatkan mereka berpuas hati. Harga yang kami tawarkan juga berbaloi," katanya.

Iklan

Ahli perniagaan yang ramah itu memberitahu SinarPlus, antara magnet tarikan pada sajian berkenaan sebenarnya adalah pada aura sambalnya yang lain daripada lain.

Menariknya, beliau mempelajarinya menu pedas itu daripada pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

"Bagaimanapun, saya mengolah mengikut kesesuaian tekak orang Malaysia dan ternyata ia berjaya memikat hati ramai para pelanggan setia yang sentiasa mengunjungi restoran saya.

"Terus terang saya katakan, Set Ayam Penyet Nusantara dan Set Ayam Geprek Mami Berapi yang menerima sambutan cukup luar biasa sejak diperkenalkan pada tahun 2017 menjadi faktor saya mampu membuka dua lagi cawangan," ujar anak jati kelahiran Kulim, Kedah penuh kesyukuran.

Selain bertapak di AEON Big Seberang Prai, Siti Fatimah telah melebarkan sayap perniagaannya di AEON Big Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, sementara satu lagi di AEON Big MidTown Falim, Ipoh yang baru sahaja dibuka Khamis lalu.

Istimewa Ramadan

Sebagai tambah nilai, sempena bulan Ramadan nanti, bekas pegawai sumber manusia di syarikat swasta itu berkata, pihaknya bakal menawarkan Set Nasi Ambeng Mami.

"Jika diikutkan perancangan, konsep yang akan saya tonjolkan adalah makan dalam talam dengan sentuhan sambal kelapa pedas dan sambal goreng tempe jawa yang memang menjadi daya tarikan utama.

"Siapa yang belum pernah cuba nasi ambeng air tangan anak mami, bolehlah cuba nanti. Memang khas untuk bulan ramadan kerana porsi cukup berbaloi untuk set couple dan famili," katanya.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, menu sampingan lain yang turut ditawarkan kepada pengunjung seperti Bakso Ayam Mercun (bebola daging yang disumbat dengan sambal) dan Soto Lamongan.

"Justeru, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi terbaharu kami di kesemua cawangan berhampiran dan menikmati sendiri keunikan sambal yang saya tawarkan, pasti membuatkan anda teringat-ingat," katanya.

Restoran Dapur Mamii Siti

  • Alamat: Medan Selera AEON Big Seberang Prai dan Bukit Minyak, Pulau Pinang & EON Big Midtown Falim, Ipoh
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 8 malam
  • Menu signatur: Set Ayam Penyet Nusantara dan Set Geprek Mami Berapi
  • Harga: RM12.90 hingga RM27.90
  • Facebook: Dapur Mamii Siti
  • Instagram: @dapurmamiisiti_penang

Tahap kepedasan sambal penyet dan geprek memang menjadi tarikan peminat masakan Jawa, lebih-lebih lagi jika peniaga menyediakan porsi yang besar, tetapi dijual pada harga yang murah.

Barangkali, disebabkan populariti menu Nusantara yang kini kian menambat hati rakyat Malaysia menjadi ilham ramai pengusaha mempertaruhkan menu, namun dengan dengan sentuhan tersendiri.

Nah! Berikut empat premis bertemakan sajian masakan Indonesia yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus untuk dikunjungi pada hujung minggu ini.

Ayam Gepuk Gebetan

  • Alamat: Abah Shan Station, Pengkalan Balak dan Makan Avenue, Kampung Ulu, Melaka
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
  • Harga: Bermula RM10
  • Facebook: Ayam Gepuk Gebetan
  • Instagram:  @ayamgepukgebetanMY

Warong Geprek

  • Alamat: Vista Alam Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam (Isnin hingga Sabtu)
  • Harga: Bermula RM10
  • Facebook: waronggeprek
  • Instagram: @waronggeprek

AG Ayam Geprek

  • Alamat: Lot 9524, Jalan Kampung Gong Badak, Terengganu
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 5 petang
  • Harga: Bermula RM10.50
  • Facebook: AG Ayam Geprek Gong Badak
  • Instagram: @agayamgeprekgongbadak

Ayam Geprek Ngences

  • Alamat: KB 52, SKS Mart, Jalan Hang Lekir, Taman Industri Jaya, Skudai, Johor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam
  • Harga: Bermula RM9
  • Facebook: Ayam Geprek Ngences