Tiada idea nak masak? Ajinomoto sediakan lebih 200 resipi menarik melalui laman web mereka

Iklan
Feature-Foto_ Ajinomoto

PENULARAN wabak Covid-19 yang bermula sejak tahun lalu telah menyebabkan aktiviti memasak di rumah telah menjadi norma baharu bagi kebanyakan keluarga.

Meskipun memasak merupakan aktiviti yang menyeronokkan, ketandusan idea dalam penyediaan makanan dapat membantut keseronokan aktiviti tersebut.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, Ajinomoto Malaysia tampil memberi idea kepada golongan suri rumah mahupun ibu bapa yang berkerjaya dengan memuat naik lebih banyak laman resipi di laman web mereka.

Iklan

[caption id="attachment_40916" width="1024"] ANTARA resipi-resipi menarik yang terdapat dalam laman web https://www.ajinomoto.com.my/recipes.[/caption]

 

Iklan

"Ajinomoto telah memperkenalkan beberapa ciri baharu pada laman resipi yang telah ditambah baik bagi meningkatkan pengalaman para pengguna dengan resipi dan maklumat nutrisi yang padat.

"Kolum kategori baharu juga diwujudkan untuk memudahkan proses pencarian resipi yang diinginkan. Kategori ‘Khas Buat Anda’ pula telah diperkenalkan bagi memenuhi keperluan khusus kumpulan yang lebih spesifik seperti kanak-kanak, kumpulan warga emas, diet kurang sodium dan individu aktif.

"Pengalaman meneroka laman resipi tersebut akan bertambah menarik apabila para pengguna dapat menemukan resipi baharu yang menepati keperluan dan citarasa mereka," kata Ajinomoto dalam satu kenyataan akhbar.

 

[caption id="attachment_40917" width="1024"] ANTARA resipi-resipi menarik yang terdapat dalam laman web https://www.ajinomoto.com.my/recipes.[/caption]

 

KEENAKAN PERENCAH UMAMI

Oleh kerana tabiat pemakanan merupakan cerminan gaya hidup, Ajinomoto telah bekerjasama dengan pakar-pakar nutrisi dalam penghasilan resipi, panduan kesihatan dan maklumat nutrisi untuk set makanan seimbang yang berlandaskan tiga tahap ketahanan yang berbeza (rendah, serdahana dan tinggi).

Kata Ajinomoto, resipi berkandungan sodium rendah yang dikongsikan di laman web tersebut akan dapat memanfaatkan golongan warga dan seisi keluarga.

"Bagi para ibu yang perlu menyuap si kecil yang cerewet, hal demikian merupakan sebuah impian menjadi kenyataan.

"Ajinomoto percaya, dengan menggabungkan rasa Umami dalam hidangan makanan, akan dapat mengurangkan beban para suri rumah dan ibu bapa tatkala memasak di rumah, manakala seluruh keluarga pula akan dapat menikmati masakan enak dan berkhasiat serta dapat meningkatkan sistem imuniti dan kesihatan mereka," katanya.

[caption id="attachment_40918" width="1024"] ANTARA resipi-resipi menarik yang terdapat dalam laman web https://www.ajinomoto.com.my/recipes.[/caption]

Dengan lebih 200 resipi yang menarik, setiap orang akan dapat mencuba setiap jenis hidangan hanya dengan melayari https://www.ajinomoto.com.my/recipes.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) bagi mendorong orang awam untuk ‘Eat Well, Live Well’ bersama Ajinomoto.