Diuji dengan sihir dan santau, Ezlynn Ariffin ‘pasang’ pendinding  

Iklan
Untitled design (46)

HIDUP pada zaman moden ini bukan bermakna manusia bebas sepenuhnya dengan perkara syirik melibatkan sihir dan santau.

Bukan itu sahaja, mana-mana individu yang pernah disihir atau disantau tidak pasti apa faktor utama yang membuatkan dia dibenci oleh pihak lain sehingga individu tersebut sanggup menyekutukan ALLAH SWT bagi membuatkan orang yang dibenci itu menderita.

Iklan
Iklan

Begitulah yang dirasai oleh penyanyi dan pelakon Ezlynn Ariffin, 40, yang pernah melalui pengalaman disantau dan terbaharu sihir pelalau (penghalang).

Menurut Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, dia mengetahui menjadi mangsa pelalau selepas menjumpai serbuk seakan pasir di bilik stor rumahnya dan berjumpa dengan pakar perubatan Islam.

Iklan

"Ketika mula jumpa pasir itu, saya fikir ia daripada kasut kerana saya kerap berbasikal dan masuk ke hutan.

"Selepas disapu dan jumpa kali kedua, hati saya terus terdetik adakah ia bukan pasir biasa. Jadi saya bawa pasir itu dan jumpa dengan pakar perubatan Islam. Pakar itu beritahu saya ia bukan santau, tapi pelalau.

Iklan

"Fungsi pelalau itu menurutnya adalah untuk menampakkan saya buruk, orang lain tak nampak saya dan melambatkan jodoh,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran sabun Toyyib di Bandar Bukit Raja, pada Rabu.

Tambah Ezlynn, individu tersebut turut menasihatinya agar menjaga solat dan kerap membaca al-Quran bagi menghindarinya daripada unsur-unsur yang tidak baik.

"Individu yang saya jumpa itu minta saya ubah cara hidup, jaga solat, baca al-Quran walau satu ayat supaya sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH.

”Al-Quran itu bukan sekadar dibaca, tetapi dalam al-Quran ada doa-doa untuk sembuhkan penyakit. Jadi saya amalkan untuk menjadi pendinding diri sendiri dan tak ada rasa takut dalam diri.

”Saya juga amalkan ayat kursi dan doa tawakal kepada ALLAH setiap kali keluar rumah. Saya letakkan segalanya kepada ALLAH. Alhamdulillah sekarang dah tak ada,” jelasnya yang mengakui pernah terkena santau sebelum ini.

Dalam pada itu, berkongsi penglibatannya dengan Sabun Toyyib, Ezlynn berkata, dia menjadi rakan selebriti yang menyokong syarikat bumiputera itu.

[caption id="attachment_40965" width="1024"] Ezlynn bersama tiga individu penting di belakang Sabun Toyyib.[/caption]

Katanya, dia tertarik untuk bekerjasama kerana melihat keberkesanan produk itu dan boleh menjadi produk yang diyakini kerana status halalnya.

"Saya bukan bergelar duta, sebaliknya hanya rakan selebriti Sabun Toyyib.

"Saya tertarik untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana produk mereka yang berkualiti dan halal.

"Walaupun baru setahun menapak dalam dunia perniagaan, tetapi mereka berjaya menarik ramai pembeli dalam tempoh singkat, biarpun dengan situasi pandemik pada masa kini,” katanya.

Sementara itu, berkongsi perkembangan lainnya, Ezlynn berkata, dia baru sahaja selesai terlibat dengan program Muzikal Lawak Superstar 2 terbitan Astro Warna.

Ezlynn berkata, program itu memberi satu pengalaman baharu buatnya untuk bekerjasama dengan pelawak dan cuba menghiburkan penonton yang menonton daripada rumah.

"Saya menyertai kumpulan Zombi yang dianggotai Wan Gegau dan Hazwan XOXO. Wan yang mula mengajak saya menyertai mereka, mula-mula rasa tak yakin juga, tetapi saya cabar diri untuk cuba sesuatu yang berbeza.

"Ternyata memang mencabar kerana saya seorang yang serius dan lambat menangkap frasa-frasa lawak, tetapi lepas dua minggu, saya semakin membiasakan diri.

"Namun akhirnya kami tersingkir di minggu keenam, walaupun kecewa sikit, namun ia pengalaman yang menarik untuk saya,” katanya.