Menonton lebih tertekan daripada bermain - Lee Chong Wei

Iklan
AWAL Mac lalu kenangan paling manis berjaya diraih apabila pasangan beregu muda wanita negara Pearly Tan dan M Thinaah melakar kejutan dengan meraih kejayaan paling manis apabila berjaya muncul juara Terbuka Switzerland dalam aksi final di St Jakobshalle Basel.

AWAL Mac lalu kenangan paling manis berjaya diraih apabila pasangan beregu muda wanita negara Pearly Tan dan M Thinaah melakar kejutan dengan meraih kejayaan paling manis apabila berjaya muncul juara Terbuka Switzerland dalam aksi final di St Jakobshalle Basel.

Walaupun pasangan negara itu tidak diletakkan selaku pemain pilihan, namun mereka berjaya membuktikan kualiti yang ada pada mereka sememangnya layak untuk bergelar juara.

Iklan
Iklan

Artikel berkaitan : Pasangan Beregu Muda Malaysia Juara Terbuka Switzerland

Terbaharu sekali lagi kejayaan yang membanggakan Malaysia apabila perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berada di kelas tersendiri untuk muncul juara badminton All England 2021.

Iklan

Lee Zii Jia berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England selepas berjaya menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen, dari Denmark.

Zii Jia menundukkan Axelsen, selaku juara bertahan menerusi 'rubber set' 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, malam ini.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia muncul wakil keenam negara merangkul kejuaraan perseorangan lelaki All England.

Kali terakhir pemain Malaysia menjuarai kejohanan All England adalah pada tahun 2017 apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yu Qi dari China dengan 21-12, 21-10.

Tahniah Lee Zii Jia!

Sementara itu, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga turut merakamkan ucapan tahniah beliau melalui laman Facebook miliknya.

Beliau juga mengakui bahawa beliau sendiri sudah alami apa yang peminat lalui sebelum ini yang mana merasai debaran pada paras tertinggi terutama ketika menyaksikan perlawanan akhir ataupun pertemuan penting.

Sebelum ini penonton tidak senang duduk melihat Chong Wei beraksi di gelanggang terutama dalam perlawanan besar menentang seteru utama seperti Lin Dan dan Chen Long dari China.

Terdahulu Chong Wei yang juga pernah dinobatkan juara Seluruh England selama empat kali iaitu pada 2010, 2011, 2014 dan 2017.

Sementara itu, Juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pemain kelahiran Alor Setar itu yang mengalahkan Viktor Axelsen dari Denmark dalam aksi final semalam.

Selain Chong Wei, Hafiz dan Zii Jia, Malaysia turut melahirkan juara Seluruh England seperti Wong Peng Soon (1951, 1952, 1955), Datuk Eddy Choong (1953, 1954, 1956, 1957) dan Tan Aik Huang (1966).

Zii Jia melakar sejarah apabila muncul juara Seluruh England selepas menewaskan juara bertahan, Axelsen 30-29, 20-22, 21-9.

Kejayaan itu pasti cukup manis untuk Zii Jia kerana dapat membalas dendam selepas dikecewakan Axelsen pada aksi separuh akhir di pentas sama tahun lalu.

Zii Jia muncul pemain pertama negara memenangi kejohanan berprestij itu selepas kali terakhir dimenangi bekas jaguh perseorangan negara, Chong Wei pada 2017.

Ia juga adalah kemenangan kedua Zii Jia ke atas Axelsen sepanjang lima pertemuan antara mereka.