Foto tular tak patuh SOP ketika majlis perkahwinan anak, ini penjelasan Dr. Noor Hisham

Iklan

SEJAK pihak kerajaan mengumumkan kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan dan kawalan Covid-19, nampaknya orang ramai sudah mula ‘serik’ dan akur untuk patuh kepada arahan tersebut.

Mana tidaknya, jika ingkar RM10,000 pasti ‘terbang’! Tambahan pula hidup dalam era pandemik Covid-19 ini nilai sebanyak itu amat besar buat golongan kebanyakan.

Iklan
Iklan

Ada juga dalam kalangan orang ramai tidak berpuas hati apabila mereka dikompaun dengan jumlah tersebut hanya disebabkan tidak memakai pelitup muka.

Apa boleh buat, arahan telah dikeluarkan dan kita perlu patuh jika tak nak dikompaun!

Iklan

Antara individu yang paling bertanggungjawab terhadap lain pindaan akta bagi membolehkan kadar kompaun RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000 terhadap pihak yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Namun, semalam tular pula beberapa gambar majlis resepsi perkahwinan anak beliau di Bora Ombak, Putrajaya di media sosial yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat terhadap foto tular tersebut.

Iklan

Terdapat suara-suara nakal yang mana mereka mempertikaikan dan mendakwa Dr. Noor Hisham tidak mematuhi SOP sebagaimana yang disarankan olehnya kepada orang ramai.

Antaranya dakwaan mereka adalah tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi bergambar selain mempertikaikan sebagai orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham tidak sepatutnya melanggar SOP.

Namun begitu, mengulas mengenainya isu yang kini hangat dibualkan oleh orang ramai, Dr. Noor Hisham menjelaskan perkara sebenar terhadap situasi yang dilihat oleh orang ramai melalui akaun Twitter miliknya.

Jelas Noor Hisham, sesi bergambar di atas pentas bersama pengantin tersebut sebenarnya hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.

Sementara itu, pengacara majlis yang dipertanggungjawabkan bertugas pada hari kejadian, Fedtri Yahya juga memuat naik ciapan di Twitter dengan merakamkan rasa penuh kesyukuran kerana dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya selain mengikut SOP yang ditetapkan.

Menerusi posting tersebut, Fedtri juga memuat naik beberapa foto memaparkan gambar kenangannya bersama Dr Noor Hisham dan anak- anaknya ketika majlis tersebut berlangsung.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, seramai 1,377 individu telah dikenakan tindakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) setakat Ahad.

Sebelum ini, Abdul Hamid menjelaskan kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa 11 Mac lalu hanya dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuskan penularan wabak.

Jadi, awas! Siapa sahaja boleh dikenakan kompaun sebanyak tersebut. Pematuhan SOP seperti itu benar-benar akan diamalkan dan tiada ‘double standard’ (dua darjat).