[VIDEO] Comelnya, pasangan pengantin jadi tumpuan netizan gara-gara disangka budak sekolah

Iklan
pengantin viral

CINTA memang tidak mengenal usia.

Biasa kita dengar, perkahwinan yang rare seperti remaja perempuan berkahwin dengan lelaki berusia yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu.

Iklan
Iklan

Tidak kurang juga pasangan pengantin muda yang berkahwin ketika masih bersekolah.

Iklan

Ada juga yang menamatkan masa bujang dengan pilihan hati pada usia yang tidak masuk akal.

Pun begitu, kisah pengantin yang sedang trending di media sosial ketika ini bukanlah disebabkan usia, tetapi saiz badan yang comel.

Iklan

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Tiktok, @misspikah96, video pendek mengenai sesi photoshoot sepupunya menjadi perbualan hangat warganet.

Masakan tidak, ramai yang menyangka sepupu wanita itu yang dikenali dengan nama Yaya masih bersekolah gara-gara saiz badannya yang comel.

Tidak dinafikan, ramai yang salah faham apabila melihat si pengantin perempuan, tetapi ada pihak yang memberi pencerahan bahawa usia wanita itu 27 tahun.

Ya! Jangan tidak percaya ya? Meskipun saiz badan pengantin seperti budak sekolah, tetapi sebenarnya usianya tidak sebegitu.

Apapun, komentar warganet memang tidak pernah mengecewakan dan rata-rata takjub dengan ketinggian pengantin perempuan tersebut.

Ramai yang tidak ketinggalan mendoakan jodoh pasangan pengantin itu kekal hingga ke jannah.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman kerana memiliki ketinggian lebih kurang sama.

"Nanti ada anak, mesti anak disangka adik”.

Ramai juga yang mahu melihat lebih banyak foto pengantin tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan menerima 457,000 jumlah tontonan dengan lebih 800 komen.

Melihat kebahagiaan pasangan itu yang tersenyum ceria sepanjang sesi photoshoot memang comellah.

Apapun, SinarPlus mendoakan pasangan ini terus bahagia dan menempuh alam perkahwinan dengan penuh gembira.