Jus tembikai bersama lemon dan laici segarkan tekak

Iklan
Jus tembikai bersama lemon dan laici segarkan tekak

KORANG sedang mencari resipi jus buah yang menyegarkan tekak?

Cuaca yang panas kadangkala membuatkan kita mudah terasa haus. Apabila tekak terasa kering, mulalah teringat minuman-minuman manis.

Iklan
Iklan

Jus ini menggabungkan tiga jenis buah yang kaya dengan vitamin C. Rasa manis dan masam setiap buah ini memang seimbang, dijamin sedap!

Iklan

Ramadan juga tidak lama lagi akan menjelma. Setiap kali berbuka puasa, mesti teringin minum air sedap-sedap kan?

Iklan

Jom buat air tembikai lemon laici ini untuk berbuka nanti. Dijamin puas hati dan menyegarkan!

Bahan-bahan;

  • 1 kg tembikai (ditimbang bersama kulit)
  • 1 tin laici
  • Jus atau air lemon

Cuba juga Tiada idea nak masak? Ajinomoto sediakan lebih 200 resipi menarik melalui laman web mereka

Cara-cara membuatnya;

1. Kisarkan tembikai bersama air lemon. Buang hampas dan buih dengan menapisnya.

2. Tambahkan air laici dan boleh letakkan ais. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Ben Safwan