Seramnya! Kenapa tiba-tiba Skim Pampasan Vaksin Covid-19 muncul? Ini penjelasannya..

Iklan
KKM seru orang ramai sertai kaji selidik berkenaan penerimaan vaksin Covid-19

BARU-BARU ini orang ramai dikejutkan apabila kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin dengan dana permulaan RM10 juta bagi tujuan pampasan untuk individu yang mungkin mengalami kesan sampingan selepas imunisasi.

Memetik laporan akhbar tempatan, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius sehingga terpaksa dirawat di hospital boleh mendapat sehingga RM50,000.

Iklan
Iklan

Sementara itu, mereka yang mengalami kecacatan kekal atau kematian pula boleh mendapat RM500,000.

Ternyata pengumuman tersebut pastinya mampu menjentik kerisauan orang ramai. Lebih-lebih lagi selepas kecoh berita kematian front liner yang disalah erti berpunca daripada pengambilan vaksin tersebut.

Iklan

Terpanggil untuk menjernihkan keadaan dan kekusutan orang ramai, Public Health Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka memaklumkan orang ramai tidak perlu risau atau membuat apa-apa andaian tanpa usul periksa.

Iklan

Menurut Public Health Malaysia, Skim Pampasan Kecederaan Vaksin atau nama sebenarnya Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin ini sebenarnya telah mula dicadangkan pada permulaan proses vaksin Covid-19 ingin dibawa masuk oleh kerajaan.

Ketika itu, secara dasarnya ianya telah dipersetujui oleh kabinet. Cuma ianya baru dilancarkan hari ini kerana ianya memerlukan masa untuk menyediakan dan meluluskannya.

Simple sahaja sebabnya. Bukan sebab apa-apa episod terbaharu.

Betapa percayanya Kerajaan kepada badan Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara, KKM, di dalam membuat keputusan meluluskan vaksin Covid-19 yang dikatakan selamat dan berkesan.

Bukan sahaja diberikan percuma kepada semua rakyat Malaysia, malah dibela dan disokong dengan diberikan pampasan jika berlaku kecederaan teruk atau kematian akibat vaksin (walaupun kerajaan yakin ianya tetap selamat).

Itulah kesungguhan kerajaan yang inginkan kita semua mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 ini.

Sementara itu, Public Health Malaysia juga berkongsi tiga tahap penilai dan pemantau kesan kemudharatan vaksin yang akan dibuat oleh kerajaan yang juga ramai orang tidak tahu.

Antaranya adalah seperti :

1) Jawatankuasa Farmakovigilans Khas – Mereka yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin.

2) Jawatankuasa Teknikal Perubatan - Mereka akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin.

3) Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 - Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Nah, begitulah.

Usah ragu-ragu lagi. Pada yang dah mendaftar teruskan menunggu. InsyaAllah minggu depan ada pengumuman akan dibuat.

Pada yang belum mendaftar dan masih ingin menunggu dan lihat, tidak apa. Ambil masa kalian secukupnya. Moga masa akan menunjukkan kebenarannya.