Jom bayar saman, diskaun 50%

Iklan
Jom bayar saman, diskaun 50%

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini tmpil dengan penawaran baharu, dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Ia bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas-talian.

Iklan
Iklan

Malah, trend semasa turut memperlihatkan pengguna memilih untuk membayar saman secara atas-talian meningkat, iaitu 46.7% pada 2020 berbanding hanya 18.5% pada 2019 yang lepas.

Iklan

Laman MyBayar Saman sendiri mengatakan pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

Iklan

Bagi korang yang memandu dan ingin menyemak saman trafik, boleh layari laman MyBayar Saman hari ini.

Pengurangan tersebut hanya dapat dinikmati melalui pembayaran yang dilakukan melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

Daftarlah sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google Playstore atau Apple store dan nikmati diskaun saman 50% itu bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.

Ayuh, janganlah lepaskan peluang ini. Marilah mendaftar sekarang. Rebut peluang selesaikan masalah saman korang segera bermula hari ini.