Usus hitam kesan sampingan produk detoks! Awas pengguna taksub ingin kurus!

Iklan
Usus hitam kesan sampingan produk detoks! Awas pengguna taksub ingin kurus!

SANGGUP ‘berhabis’ untuk cantik! Tidak dinafikan wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan.

Ada segelintir dalam kalangan mereka yang 'rendah diri' kerana merasakan diri mereka tidak ramping hinggakan stres setiap kali memilih pakaian.

Iklan
Iklan

Maka pelbagai usahalah akan mereka lakukan bagi menurunkan berat badan bagi kelihatan langsing dan sikap terlalu taksub akan kecantikan itu juga menyebabkan sesetengah individu dilihat sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membeli pelbagai produk yang dijual di pasaran.

Sehinggakan ada yang sanggup mengetepikan rasa sakit bahkan mengambil jalan pintas dengan mengamalkan produk kurus tanpa melakukan apa-apa senaman seperti meminum air detoks.

Iklan

Air detoks atau infused water pernah mencetuskan fenomena kerana ia menjadi kegilaan ramai terutama mereka yang obses mahu menurunkan berat badan.

Iklan

Sehingga hari ini, amalan minum air detoks masih menjadi trend kerana penyediaannya yang mudah dan boleh dihasilkan mengikut citarasa masing-masing.

Apa itu air detoks? Boleh kurus ke?

Ya! Air detoks adalah air putih yang dicampurkan dengan hirisan buah-buahan atau herba dan dibiarkan selama beberapa jam atau semalam sebelum dinikmati.

Namun, tahukah anda bahawa dakwaan air detoks mampu menurunkan berat badan adalah tidak benar.

Malahan terdapat juga produk kecantikan hari ini yang turut menawarkan ciri serupa yang mana diidakwa mengandungi bahan seperti detoks yang mampu membuatkan siapa yang mengamalkannya turun berat badan dengan mudah.

Awas! Jangan mudah tertipu! Sehingga ke hari ini, tiada kajian yang membuktikan kandungan detoks mampu memecahkan lemak dan secara psikologi adalah tidak mungkin ia dapat memecahkan lemak.

Baru-baru ini, Public Health Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pengambilan produk detoks.

Melalui perkongsian itu, Public Health Malaysia juga berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan usus yang pada asalnya berwarna kuning kemerahan bertukar menjadi hitam akibat sel sel yang telah mati.

Keadaan itu di namakan sebagai Melanosis Coli dan akan menyebabkan risiko kanser usus meningkat berkali ganda.

Justeru, diharap orang ramai memahami isu tersebut dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Nak dapatkan berat badan ideal, kekal langsing dan cantik, sifirnya cukup mudah. Kita kena usaha!