Siri Y31 lebih bergaya dengan dua warna 3D, dilengkapi dengan AI Triple Camera

Iklan
_feature y31

JENAMA telefon pintar terkemuka Asia, vivo baru-baru ini melancarkan fitur baharunya, Y31 yang lebih terkehadapan.

Rangkaian siri Y terbaharu itu hadir dalam dua warna 3D mempesona iaitu Racing Black yang menarik dan Ocean Blue yang diilhamkan oleh laut tropika.

Iklan
Iklan

Vivo dalam satu kenyataan berkata, Y31 dilengkapi dengan Paparan Halo FullView yang tidak hanya menyaring cahaya biru yang berbahaya, malah memberi kepuasan kepada pengguna yang bermain permainan online.

Bagi fungsi fotografinya, Y31 dilengkapi dengan AI Triple Camera (48MP) yang memberi output gambar yang sangat jelas tidak kira siang dan malam.

Iklan

Menariknya lagi, Y31 adalah peranti padat yang dilengkapi dengan teknologi Pemantapan Imej Elektronik (EIS), Penguat Audio dan Multi-Turbo 4.0 yang mengurangkan kelewatan dalam permainan, meskipun beberapa aplikasi lain sedang dibuka.

Dari segi prestasi, Y31 hadir dengan standard dengan 8GB RAM + 128GB ROM dan dikuasakan oleh Platform Bergerak Qualcomm Snapdragon 6 Series.

Iklan

Kemampuan Pengecasan Pantas 18W membolehkan bateri dicas hingga 70 peratus dalam masa 64 minit. Dengan teknologi penjimatan kuasa AI, satu cas penuh dapat menyediakan streaming filem HD dalam talian hingga 17.9 jam.

"Ditawarkan sebagai sebahagian daripada FunTouchOS 11, vivo Y31 adalah rakan anda yang boleh dipercayai untuk menjalani kehidupan digital terbaik anda," kata vivo.

Y31 dijual pada harga RM999 dan boleh dibeli di vivo Malaysia Official E-store dan kedai online rasmi di Shopee dan Lazada.