PASTINYA, persediaan untuk menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang menggembirakan.
Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi, penting untuk ibu memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.
Kongsi portal MyHEALTH.com, untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, mereka digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya hingga bayi berumur enam bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Pun demikian, masih ramai ibu yang ingin mengetahui kaedah terbaik untuk memberi susu perahan kepada si manja masing-masing.
Prihatin dengan keadaan itu, Doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak ada tipnya.
"Pertama sekali, ibu-ibu yang mengamalkan pemberian susu perahan, apabila membuka peti sejuk rujuk tarikh yang terpapar pada botol terlebih dahulu.
Selain itu, kata Dr Izzat, cara lainnya adalah mengalirkan air paip di bahagian atas bekas mengandungi susu beku itu.
Namun demikian, pesannya, jangan sesekali goncang (dengan bersungguh-sungguh) susu yang sudah cair itu.
"Sebaliknya, hanya pusing bekas tersebut secara aturan melawan jam dan mengikut jam secara perlahan-lahan sahaja,” katanya.
Pun demikian, tegas Dr Izzat juga, jangan cairkan susu pada suhu bilik dan tidak boleh panaskan susu beku di atas dapur atau menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana boleh menjejaskan kualitinya.
Oleh yang demikian, penting untuk diingatkan kepada para ibu, pastikan susu yang dicairkan diberi kepada bayi dihabiskan dan jangan sesekali simpan atau bekukan semula tau!
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.