Isteri tak boleh iqamat walaupun solat jemaah berdua bersama suami di rumah

Iklan
Untitled design (64)

SEPANJANG tempoh Pergerakan Kawalan (PKP) ini, tentu ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan solat jemaah bersama keluarga masing-masing.

Masa inilah kita hendak imarahkan rumah yang menjadi 'syurga' kita selama ini. Walaupun kita mungkin biasa solat di kediaman sendiri, namun bukan semua orang dapat berjemaah bersama lantaran kesibukan kerja dan komitmen lain.

Iklan
Iklan

Bagi mereka yang ada anak, saat ini bolehlah digunakan sepenuhnya untuk memperbetulkan solat anak-anak yang mungkin ada cacat celanya.

Namun, bagi pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan anak atau mungkin baru berkahwin, alangkah seronoknya kesempatan yang ada untuk melakukan solat jemaah bersama insan tercinta.

Iklan

Oleh sebab pasangan ini hanya solat berdua atau barangkali bertiga dengan seorang anak perempuan mereka, bolehkah seorang isteri melakukan iqamat ketika mendirikan solat jemaah bersama suami di rumah masing-masing?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:"Beliau mengumandangkan azan, iqamat, serta menjadi imam kepada orang perempuan." (Riwayat Al-Hakim, Al-Mustadrak)

Iklan

Berdasarkan riwayat itu, jelas menunjukkan bahawa seorang perempuan dibolehkan untuk melaungkan azan, iqamat dan menjadi imam jika sesama mereka.

Begitupun, keharusan itu hanyalah apabila solat berkenaan hanya dilakukan dalam kalangan orang perempuan sahaja atau ketika wanita tersebut solat secara bersendirian.

Ini kerana, apabila terdapatnya orang lelaki dalam jemaah solat yang melibatkan jemaah lelaki dan perempuan, maka yang dituntut untuk melaungkan azan, menjadi imam dan melaungkan iqamat ialah orang lelaki sendiri.

Imam Ibn Hajar Al-Haitami menyebutkan:"Tidak sah azan orang perempuan orang perempuan dan juga khunsa bagi orang lelaki." (Rujuk Tuhfah Al-Muhtaj, Ibn Hajar Al-Haitami (1/472)

Sebagai kesimpulannya, tidak perlu bagi seorang isteri melakukan iqamat ketika solat berdua bersama suaminya.

Sebaliknya, si suami tadilah yang sepatutnya melaungkan iqamat bagi mendirikan solat secara berjemaah bersama isterinya.

Ingat ya, walapun suami adalah mahram kita, isteri tetap tidak boleh melakukan iqamah apabila hendak solat jemaah bersama suami.

(Sumber: Al-Kafi #1692: Bolehkah Isteri Melakukan Iqamah Ketika Solat Berdua Bersama Suami, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)