[VIDEO] Pengesan suhu berbunyi sendiri, wanita ini sakit satu badan selepas diganggu entiti

Iklan
gangguan pengesan suhu

SUDAH menjadi satu kewajipan kepada kita semua memeriksa suhu badan sebelum masuk ke dalam sesebuah premis mahupun pusat beli-belah.

Norma baharu itu menjadi satu kemestian bagi bersama membendung penularan wabak Covid-19 yang masih melanda negara sehingga kini.

Iklan
Iklan

Alat pengesan suhu memang diwajibkan dipasang di setiap premis bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan pihak berwajib.

Pun begitu, bagaimana pula jika alat pengesan suhu itu berbunyi secara tiba-tiba seolah-olah sedang memeriksa suhu badan seseorang meskipun tiada siapapun di situ?

Iklan

Ini satu kisah yang agak menyeramkan dikongsikan seorang wanita.

Iklan

Beliau mendakwa diganggu entiti ketika sedang bekerja di sebuah kedai.

Wanita tersebut yang juga seorang pengguna TikTok, @emy_shafiq00 berkongsi satu video ketika berada seorang diri di tempat kerjanya.

Video pertama yang dikongsi memperlihatkan alat pengesan suhu berbunyi secara tiba-tiba dan suhu yang dicatat adalah 32.2 darjah celsius.

Kongsi wanita itu lagi, kejadian tersebut berlaku selepas Asar. Ketika itu beliau berada seorang diri selepas rakannya keluar berehat.

"Masa itu, saya sedang tengah tonton video dalam telefon. Kawan masa itu tak ada sebab waktu rehat, dia keluar pergi makan.

"Saya terdetik dalam hati, takutlah duduk seorang. Tiba-tiba alat pengesan suhu secara tiba-tiba berbunyi," ceritanya.

Tambah beliau lagi, suhu yang berbunyi ketika itu 32.2 darjah celsius dan tiada orang pun di depan alat pengesan suhu tersebut.

" Masa itu saya tak sempat nak rakam. Selepas itu, saya terus ambil telefon dan rekod sebab takut itu hanya ilusi semata-mata.

" Saya cakap kalau betul-betul itu hang, hang bunyi sekali lagi. Selagi dia bunyi lagi. Balik kerja itu saya rasa sakit-sakit badan," katanya.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian video tersebut turut berkongsi pengalaman sama di tempat kerja masing-masing.

Malam-malam dia main mesin photostat.

Badan sakit-sakit kena jumpa ustaz.

Duduk seorang diri kena kacau.

Barangkali mesti banyak pengalaman menyeramkan yang pernah dialami, penulis pun pernah ketika berada di asrama dulu-dulu.

Apapun, jangan lupa perbanyakkan zikir dan selawat, amalkan membaca al-Quran lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.