[VIDEO] Riuh satu rumah gara-gara hilang remote TV, sampai terpaksa mesej ustazah di sekolah

Iklan
remote control hilang

BERGADUH kerana berebut alat kawalan jauh (remote control) televisyen memang menjadi adat bagi adik beradik yang mahu menonton rancangan kegemaran masing-masing.

Bukan sahaja budak kecil, orang dewasa pun khususnya ibu dan ayah terpaksa mengalah jika kuasa menentukan cerita di tangan anak.

Iklan
Iklan

Sememangnya, insiden kehilangan remote control memang boleh mengganggu emosi khususnya si ibu yang mahu menonton rancangan kegemaran.

Iklan

Kejadian yang dikongsikan seorang wanita di Tiktok ternyata menggeletek hati warganet dengan sikap si kecil yang cukup naif.

Melalui video yang dikongsikan, pemilik akaun @cipinascantik itu menceritakan kronologi kehilangan remote control yang disimpan di tempat yang tidak disangka-sangka.

Iklan

Gara-gara tidak berjaya menemui remote control yang dikatakan 'disimpan' anak bongsunya yang bernama Husna, wanita tersebut terpaksa bertanyakan anak sulung, Hakimi yang ketika itu berada di sekolah.

Nak tak nak, beliau terpaksa menebalkan muka bertanyakan kepada ustazah kelas anaknya.

Pun demikian, wanita itu terpaksa reda apabila mengetahui lokasi sebenar remote control itu disimpan.

"Perangai Husna, dia suka sorokkan benda, selepas itu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi cari sesama dengan mak," katanya.

Aduhai, rata-rata komentar warganet yang mengikuti perkongsian video tersebut memang kelakar.

Siapa sangka, video kehilangan remote control itu menerima lebih 74,000 tontonan itu.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama.

Sejuk perut ibu mengandung.

Perangai anak nombor dua ini memang samalah.

Memang melucukan lebih-lebih lagi si kecil Husna pun sibuk mencari remote control tersebut yang dia sendiri lupa dimana dia simpan.

Mungkin insiden seperti ini sering terjadi kepada para ibu-ibu di luar sana.

SinarPlus juga percaya, bukan setakat remote control, benda lain seperti sikat, kunci rumah mahupun pengetip kuku mesti 'hilang'.