"PERJALANAN sejauh lebih kurang 80 kilometer melalui ladang-ladang dan kawasan hutan yang berbukit itu adalah rutin bagi perjalanan kami setiap minggu."
Begitulah perkongsian seorang pemuda yang juga seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan.
Menurutnya, beliau terpaksa meredah hutan berbukit-bukau itu dengan hanya menggunakan sebuah motosikal kerana beberapa faktor.
Beliau turut mengatakan motosikalnya turut diubah bagi kegunaan hariannya.
"Tak percaya, marilah sendiri baru kalian tahu scrambler kat sini tak sesuai. Alat ganti pulak, scrambler lebih mahal. Kami berulang-alik bukannya naik bukit sekadar hobi sebulan atau dua bulan sekali aktiviti sebegitu.
"Bagi memastikan 'kambing' ini sesuai dengan jalan-jalan disini, aku telah melakukan beberapa pengubahsuaian.
"Antaranya ketinggian motor aku telah naikkan sedikit bagaimanapun kaki aku masih boleh mencapai tanahnya.
"Tujuan lain ialah bagi mengurangkan selut melekat ketika musim hujan. Selut disini bukan sebarang selut, nantilah klu berpeluang bila tiba musimnya aku ambil gambarnya.
Katanya lagi, ekzos motosikalnya juga terpaksa diubah menjadi bunyi kuat demi keselamatan.
"Ekzos? Bukan aku taknak cerita memandangkan ianya salah di sisi undang-undang maka aku sentiasa doa-doakan tiada kesusahan aku dapat kerana tujuan
aku satu sahaja.
"Bunyi yang kuat akan menyelamatkan aku dari apa apa malapetaka. Dalam hutan, kita tak tahu apa yang ada dihadapan kita. Mungkin binatang buas, tanah runtuh dan sebagainya.
Baca juga [VIDEO] Riuh satu rumah gara-gara hilang remote TV, sampai terpaksa mesej ustazah di sekolah
"Doanya mengiringi setiap kali pemergian aku. Barangkali air matanya menitis kerana dia tahu liku-liku yang bakal aku tempuh. Dan dia reda, masa itu cepat berlalu seakan mencemburui aku.
"Esok kembali ke balantara demi tugas pertiwi. Tak apalah, aku 'ride' sambil layan panorama indah di ladang dan belantara yang indah memukau. Bercinta dengan alamkan," ujarnya.
Begitulah pengorbanan seorang guru demi memberi ilmu kepada anak bangsa. Tahniah atas kegigihan cikgu merempuh ranjau mengajar di kawasan pedalaman.
Pengalaman yang sangat bernilai.
Sumber: Ben Zaid