Sedapnya kerabu belimbing buluh bersama bunga kantan!

Iklan
Sedapnya kerabu belimbing buluh bersama bungan kantan!

SEBUT sahaja belimbing buluh, pasti penggemarnya sudah kecur air liur!

Mana tidaknya rasanya yang masam itu mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Iklan
Iklan

Ia turut popular dijadikan sambal hitam yang dimasak bersama bilis.

Iklan

Namun kali ini kita cuba pula buat kerabu belimbing buluh bersama bunga kantan.

Kata orang, pekena dengan nasi panas-panas bersama ikan atau ayam goreng, terangkat! Ratah begitu sahaja pun sedap!

Iklan

Bahan-bahan;

  • Belimbing buluh
  • Bunga kantan
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Belacan
  • Bawang merah atau besar
  • Isi ikan sardin atau temenung
  • Kelapa parut
  • Gula
  • Garam

Cara-cara membuatnya;

1. Belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam.

2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk.

3. Seterusnya tumbuk pula isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula kelapa parut.

4. Satukan semua bahan tumbuk bersama belimbing buluh yang siap dibasuh dan toskn airnya.

5. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama bunga kantan yang dihiris halus. Gaul kesemuanya hingga sebati.

Cuba juga Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

6. Masukkan bawang yang dihiris dan gaul mesra. Tambah sedikit garam dan gula. Siap! Jika mahu kerabu sedikit berkuah boleh tambah sedikit santan.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Mariana Abd Majid