KURUS atau langsing adalah impian semua orang, baik lelaki mahupun wanita.
Sering kali cantik itu dikaitkan dengan kurus. Ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan membuang lemak-lemak di badan.
Kurus membolehkan seseorang kelihatan menarik dan lebih yakin. Tak hairanlah ada yang sanggup membahayakan nyawa untuk mencapai impian mereka.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, warganet dan pengikutnya amat teruja melihat bentuk badannya yang sangat cantik.
Videonya yang seusai menjalani 'work out' itu sehingga kini telah mendapat lebih 50 ribu tanda suka.
Kongsinya,"Don’t wish for it. Work for it! Yes I’m a mother of twins".
Beliau yang juga pandai memasak dan sentiasa berkongsi pelbagai resipi masakan sangat dikenali dengan ayat 'is done'.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat memuji bentuk badan beliau.
Dah lah cantik, pandai masak, pandai uruskan rumah tangga lepastu body goals! Memang complete la Eina Azman ni.
Baca juga Uqasha dirisik keluarga Kamal Adli
Jadi korang yang ingin memiliki badan yang langsing, rajin-rajinkan diri membuat senaman dan jaga pemakanan ya!
Namun, tak kisahlah 'berisi' atau kurus yang paling penting badan sihat dan bahagia.
Sumber foto dan video: Instagram Eina Azman