MENJELANG Ramadan minggu hadapan, sudah pasti ramai individu ingin pulang ke kampung bagi menziarahi ibu bapa tercinta.
Namun begitu, hasrat dan keinginan itu perlu dilupakan segera kerana negara kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana semua maklum bahawa aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim memaklumkan pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya.
Menurutnya, mana-mana individu yang hanya mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.
Baca juga NCD, jika pandai manfaat boleh jimat beribu ringgit!
Menurutnya lagi, jika ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Justeru, korang yang berniat ingin berpuasa bersama ibu bapa di kampung haruslah membatalkan niat yang ada.
Jika tidak, sampai bila-bila pun kita akan terus begini. Bekorbanlah seketika untuk memutuskan rantaian COvid-19 ini demi masa depan kita bersama.