Pengantin 'dianiaya' mak andam, MUA Bellaz tampil taja solekan dan baju pengantin

Iklan
Pengantin 'dianiaya' mak andam, MUA Bellaz tampil taja solekan dan baju pengantin

SEMUA maklum solekan pada hari perkahwinan sangat penting kerana pada waktu itulah para pengantin ingin kelihatan berseri dan cantik.

Bukan sahaja busana, malah tata rias juga menjadi tumpuan utama para tetamu yang datang.

Iklan
Iklan

Seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini seorang wanita dikenali Yana Nazaruddin, meluahkan rasa sedihnya terhadap 'mak andam' di hari perkahwinannya kerana memberikan servis yang sangat mengecewakan.

Iklan

Apa yang lebih menyedihkan lagi, pihak butik berkenaan sama sekali tidak dapat menerima teguran dan mengabaikan mesej yang dihantar begitu saja.

Iklan

Baca juga Ekspresi seni benci rasuah, pelukis ini hasilkan 3 visual sindiran sebagai peringatan pemimpin korup   

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet yang turut sama simpati terhadapnya termasuklah jurumekap profesional terkenal, MUA Bellaz tampil mahu memberikan bantuan untuk mekapkan semula wanita itu.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini memohon orang ramai maklum kepadanya jika ada yang mengenali wanita tersebut.

Alhamdulillah, ada yang ingin membantu bagi menggembirakan insan lain. Moga ia memberi sinar kegembiraan kepada pengantin tersebut.