LG umum tutup perniagaan telefon mudah alih di seluruh dunia

Iklan
LG umum tutup perniagaan telefon mudah alih di seluruh dunia

LG Elektronik Inc. (LG) baru-baru ini mengumumkan penutupan unit perniagaan telefon mudah alih mereka.

Pengumuman itu dikeluarkan lanjutan daripada pengesahan yang diberikan oleh ahli lembaga pengarah LG semalam.

Iklan
Iklan

LG mengatakan produk sedia ada akan terus dijual, dan LG akan menawarkan sokongan khidmat jualan dan kemaskini perisian kepada pelanggan sedia ada sehingga suatu tempoh kelak.

Iklan

Namun, syarikat itu akan memberikan sokongan perkhidmatan dan kemas kini perisian untuk pelanggan produk mudah alih yang ada untuk jangka masa yang akan berbeza mengikut wilayah.

LG akan bekerjasama dengan pembekal dan rakan niaga sepanjang penutupan perniagaan telefon bimbit. Perincian berkaitan dengan pekerjaan akan ditentukan di peringkat tempatan.

Iklan

Perniagaan telefon bimbit dijangka ditutup sepenuhnya pada 31 Julai walaupun inventori beberapa model yang ada mungkin masih tersedia selepas itu.

Pengunduran LG daripada pernigaan telefon mudah alih ini akan menjadikan mereka sebuah lagi syarikat ternama (Nokia, HTC, Ericsson) yang pernah gah tetapi tersungkur kerana gagal memenuhi keperluan semasa dan mencabar syarikat baharu dari China yang lebih berinovasi.

Namun, syarikat ini pernah menghasilkan pelbagai peranti unik dan berinovasi antaranya;

1.LG AKA (2014) – Peranti ada mata

2.LG K7i (2017) – Peranti halau nyamuk

3.LG G7100 (2003) – Telefon berubah menjadi kamera video

4.LG VX9400 (2007) – Telefon berpusing Tony Stark

5.LG G5 (2016) – Peranti modular komersial pertama

6.LG G Flex (2013) – Skrin dengan lenturan skrin aneh tetapi Ok

7.LG G2 (2013) – Butang kuasa dan laras suara di belakang

8.LG Optimus Vu (2012)- Telefon skrin empat segi sama

9.LG V10(2015) – Peranti dengan dua skrin hadapan

Baca juga 5 kenderaan tanpa pemandu, teknologi canggih pemanduan automatik jadi trend

10.LG V50 ThinQ (2019) – Peranti dengan aksesori skrin sekunder

11.LG Optimus 3D (2011) – Peranti dengan skrin 3D dan rakaman video juga 3D

12.LG G4 (2015) – Telefon dengan panel kulit asli

13.LG FX0 (2014) – Peranti dengan Firefox OS dan tubuh lutsinar

14. LG BL40 Chocolate (2009) – Peranti dengan skrin 21:9

15. LG Rolly – Papan kekunci boleh bergulung

Ternyata, LG sebenarnya sebuah syarikat yang berani berinovasi tetapi mungkin kurang bernasib baik.

Jadi sesiapa yang mempunyai koleksi telefon mudah alih LG, itu mungkin menjadi memori indah buat korang.

Sumber: Amanz