Tiada lagi 'Mak Cik Petir', Noryati Taib meninggal dunia

Iklan
Untitled design (79)

PELAKON veteran, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Cik Petir telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi Rabu.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh anak saudaranya yang juga pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat menerusi akaun Instagramnya.

Iklan
Iklan

"Dukacita saya nak beritahu semua mak saudara saya, Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi.

"Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar rohnya dirahmati Allah, dihimpunkan di kalangan mereka yang solehin.

Iklan

"Sudi apalah kira dapat hadiahkan Al-fatihah untuk Noryati Taib. Semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini,” ujarnya.

Noryati, 63, yang mula dikenali menerusi drama bersiri Dotty sebagai Mak Cik Petir pernah membintangi beberapa buah drama lain seperti Syurgamu Ramadan, Sindarela, Tari Tirana dan banyak lagi.

Iklan

Terdahulu, pada September 2017, Noryati pernah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham juga pernah menjalani pembedahan untuk memotong sebelah kakinya akibat komplikasi diabetes.