Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak

Iklan
Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak

RAMAI daripada kalangan antara kita yang tidak tahu cara membersihkan tilam bilik tidur yang sebenar menyebabkan kebersihan luaran dan dalamannya sering terabai.

Mungkin ada mereka yang rajin menukar cadar dan sarung bantal supaya ia kelihatan sentiasa baru, ceria dan selesa apabila tidur.

Iklan
Iklan

Namun, adakah anda benar-benar yakin bahawa bahagian dalaman tilam yang digunakan selama bertahun-tahun bebas dari kekotoran dan hama?

Iklan

Katanya, kadang-kadang beliau bertanya pesakit bila kali terakhir tukar tilam. Hanya tilam dan bantal yang kita gunakan lebih dari enam jam.

Menurut Dr Kamarul, antara masalah kesihatan yang boleh berlaku akibat keadaan tilam yang tak elok adalah;

Iklan

1. Sakit badan

Keadaan tilam dan bantal yang tak sempurna boleh menyebabkan tubuh badan menjadi kerap sakit, contohnya sengal tengkuk, belikat dan pinggang. Ini disebabkan tilam tidak lagi memberi sokongan yang sesuai untuk tubuh kita.

2. Alahan

Tilam boleh jadi tempat allergen berkumpul. Contohnya debu, habuk, bahan kimia. Ini boleh menyebabkan seseorang itu kerap mengalami gegata, mata berair, selsema, bersin dan asma. Terutamanya semasa tidur.

3. Kutu dan hama

Infestasi kutu, pepijat, tungau dan hama boleh menyebabkan masalah kulit seperti kegatalan, ruam, dan kudis. Serangga-serangga ini boleh berpindah dari satu individu ke individu yang berkongsi tempat tidur.

4. Bakteria dan kulat

Bakteria dan kulat pada tilam boleh menjangkiti tubuh manusia dan menyebabkan masalah pada kulit, pernafasan, rambut, kuku dan sebagainya. Selain itu, spora kulat juga boleh menyebabkan keracunan.

Baca juga Latih anak berpuasa, ini cara berkesan ajar berperingkat ikut waktu solat

Apakah tanda-tanda dah perlu fikir untuk tukar kepada tilam baharu?

1. Tilam berubah bentuk

Jika permukaan tilam sudah tenggelam, berbonggol-bongol atau senget sebelah, adalah tanda tilam sudah tak mampu beri sokongan yang baik pada tubuh. Selain itu, jika tilam telah jadi terlalu keras atau lembut, maka perlu tukar.

2. Berlubang atau reput

Tilam dibaluti kain pelindung. Fungsinya untuk sesuatu yang tidak diingini masuk atau keluar daripada dalaman tilam. Haiwan perosak seperti lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam yang dah koyak.

3. Berbau kurang senang

Jika tilam tetap mempunyai bau yang kurang menyenangkan walaupun sudah cuba dibersihkan beberapa kali, maka sudah tiba masa menggantikannya. Bauan dan wasap ini mungkin boleh membahayakan kesihatan.

4. Digunakan lebih satu dekad

Jangka hayat tilam sebenarnya bergantung kepada material, binaan dan penjagaan tilam berkenaan.

Namun, secara umum, kualiti tilam akan merosot ke tahap genting setelah sekitar 10-15 tahun jika ia digunakan setiap hari.

Semoga bermanfaat!