Erra Fazira kekal relevan di usia 47 tahun

Iklan
Untitled design (81)

DI kala industri hiburan dibanjiri bakat baharu yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira masih kekal relevan.

Bahkan bekas Ratu Cantik Malaysia ini masih menjadi pilihan ramai, termasuk sebagai duta produk di usia 47 tahun.

Iklan
Iklan

Terbaru, Erra menjadi duta produk pelitup muka, Himaya.

Menganggap tawaran yang datang itu sebagai satu rezeki, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek melihat pemilihannya sebagai duta sesebuah produk itu bersesuaian dengan sasaran untuk mendekati wanita seusianya.

Iklan

"Alhamdulillah barangkali ia sudah menjadi rezeki saya. Mereka memilih saya kerana sasaran untuk menarik mereka yang seusia dengan saya.

"Saya percaya pemilihan seseorang itu sebagai duta adalah bersesuaian dengan misi syarikat dalam mendekati pengguna,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Erra dan Wany Hasrita sebagai duta Himaya.

Iklan

Selain Erra, pelakon dan pengacara, Elfira Loy turut diumumkan sebagai duta produk sama sebelum ini.

Tambah Erra, antara lain yang membuatkan dia tertarik menjadi duta produk Himaya adalah disebabkan dia terlibat dalam mengekang penularan wabak Covid-19 secara tidak langsung.

Bukan itu sahaja, hasil keuntungan penjualan produk pelitup muka itu disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Syria Care dan lain-lain.

"Melalui penjualan ini, mereka akan salurkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan atau NGO. Ada antaranya merupakan NGO pilihan kami sendiri, duta Himaya.

"Bukan sahaja kita menerima tawaran, tetapi kita memberi semula kepada masyarakat,” ujarnya.

[caption id="attachment_42386" width="1024"] Erra bersyukur masih dipilih untuk menjadi duta atau jurucakap untuk sesebuah jenama.[/caption]

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkininya, Erra berkata, setelah berakhir drama bersiri Gerak Khas The Finale, dia kini berhasrat untuk meneruskan penghasilan album yang tertangguh sebelum ini.

"Sebenarnya sebelum ini saya merancang untuk hadiahkan album buat peminat-peminat dan sudah berbincang dengan beberapa komposer.

"Cuma usaha itu terhenti seketika kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi saya berharap dapat meneruskan perancangan itu dalam masa terdekat.

"Apatah lagi, sudah lama saya tidak muncul dengan album baharu dan peminat juga sudah bertanya bila saya akan kembali aktif menyanyi,” katanya yang kali terakhir muncul dengan single Menangkah Cinta