Dekati masyarakat, program Jelajah Ramadan RTM kembali turun padang

Iklan
Program Jelajah Ramadan RTM

SETELAH setelah setahun tertangguh disebabkan penularan pandemik Covid-19, Program Jelajah Ramadan RTM kembali dengan edisi terbaru yang dilancarkan pada 8 April lalu.

Edisi kesembilan itu  menyaksikan penganjuran program dengan pembudayaan norma baharu melalui penjelajahan enam laluan utama meliputi 24 lokasi yang akan diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sepanjang 8 April April sehingga 9 Mei depan.

Iklan
Iklan

RTM meletakkan matlamat penganjuran Jelajah Ramadan sebagai satu platform terbaik dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, selain mendekatkan diri dengan masyarakat melalui aktiviti turun padang di seluruh negara.

Pelaksanaan program itu turut menyaksikan kerjasama antara RTM dengan pertubuhan serta agensi yang secara tidak langsung memberi peluang kepada usahawan-usahawan kecil menjana kembali ekonomi mereka kesan daripada pandemik Covid-19.

Iklan

SELANGORfm menerajui laluan pertama menerusi aktiviti menyantuni artis-artis veteran melalui sumbangan dana Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA).

Lokasi  Jelajah Ramadan SELANGORfm  ialah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR)  Lembah Subang 2 yang turut didiami oleh 40 penggiat seni yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

Program tersebut merupakan kolaboratif  bersama Puspanita Cawangan Kementerian komunikasi Dan Multimedia (PCKKMM) dan Lembaga Zakat Selangor.

Pemberian barangan keperluan harian dan Bakul Kasih PCKKMM, sumbangan wang tunai, pengisian rohani oleh penceramah jemputan merupakan aktiviti sepanjang Jelajah Ramadan SELANGORfm 2021M/1442H.

Untuk rekod, Jelajah Ramadan RTM telah bermula sejak 2012 dan telah mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai program tanggungjawab sosial korporat terpanjang di Malaysia merangkumi lebih 38 aktiviti di seluruh negara.

Program Jelajah Ramadan RTM Edisi ke-9 2021 akan melibatkan stesen radio RTM peringkat ibu pejabat, negeri dan tempatan untuk tempoh 23 hari.