Ini perkahwinan pertama saya – Haliza Misbun kini bergelar isteri

Iklan
Haliza Misbun Nikah

PELAKON Haliza Misbun kini bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan yang juga merupakan warga British, Matthew John Rodgers, 48, di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pada petang Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki Haliza, Othman Misbun dengan hanya sekali lafaz.

Iklan
Iklan

Pada majlis tertutup yang hanya dihadiri 50 tetamu melibatkan keluarga dan kenalan terdekat, Matthew yang merupakan perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak perempuan.

Tidak hanya itu, Haliza, 48, turut menerima wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu.

Iklan

"Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.

"Tapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah," katanya.

Iklan

Haliza mencipta populariti menerusi drama bersiri Cinderella pada pertengahan 1990-an itu mula mengenali suaminya yang berstatus duda itu sejak hampir empat tahun lalu menerusi seorang kawan.

"Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan.

"Selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga kerana yakin dengan kesungguhannya.

"Kami mula terbuka dalam pelbagai aspek. Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian itu mudah diperolehi," katanya.