BUKAN mudah menjadi seorang ibu. Mana nak urus anak, suami, rumah dan kerja. Namun, tidaklah perlu merungut, sebaliknya seorang wanita perlu menjadi lebih bijak urus masa dan diri.
Setiap wanita pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi insan terbaik buat suami dan anak-anak.
Tidak kiralah berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa. Mereka pasti bertungkus lumus untuk memenuhi kehendak keluarga.
Mereka perlu mengemas rumah yang berselerak, membasuh baju, basuh pinggan dan melakukan pelbagai lagi kerja rumah yang sememangnya memenatkan.
Kadang-kadang tiada masa untuk berehat, namun tetap mencari ruang memberi yang terbaik buat yang tersayang.
Seperti yang terjadi kepada seorang kakitangan barisan hadapan ini yang berkongsi detik-detik menyiapkan anaknya ke sekolah seawal pagi sebelum memulakan tugas.
Menerusi video tersebut, anak kecil itu telah siap memakai uniform sekolah tertidur di dalam kereta sementara keadaan di luar masih lagi gelap.
Difahamkan, ibu muda itu terpaksa mengejut anaknya lebih awal untuk dihantar ke sekolah sebelum ke tempat kerja sejauh 30 kilometer dari rumahnya.
Selain itu, turut kelihatan Nurul menyisir rambut anaknya dan memakaikan stokin walaupun dalam keadaan masih tidur.
Perkongsiannya mencuri perhatian warganet dan sehingga kini hampir 180,000 tontonan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan apa yang dilalui oleh wanita yang berdepan situasi yang sama untuk membesarkan anak-anak.
Baca juga [VIDEO]Lebih 2.1 juta tontonan, gadis tunjuk cara bersih kurma buang ulat
Mereka turut merasai cabaran yang dilalui oleh ibu dan anak ini menempuhi hari-hari mereka serta turut menitipkan semangat supaya semua ibu di luar sana
diberikan kekuatan.
Begitulah kehidupan. Semoga dipermudahkan segala urusan bagi ibu-ibu yang hebat dan kuat!