BULAN Ramadan merupakan bulan ibadah, kebaikan, melawan nafsu dan bulan pembebasan dari neraka.
Pada bulan ini, terdapat banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya iaitu dengan ganjaran pahala dilipatgandakan serta segala dosa diampuni dengan syarat menghindari segala maksiat terutama dosa besar.
Alhamdulillah! Pada tahun ini kita dibenarkan mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Syukur, berbanding tahun lalu akibat Covid-19 yang melanda dunia kita tidak dapat mendirikan solat sunat tarawih seperti biasa.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), SOP aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan berkuatkuasa 12 April 2021 – 12 Mei 2021 adalah seperti berikut;
1. Aktiviti dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri
- Solat berjemaah, Jumaat, solat fardu lima waktu, tarawih dan qiamullai.
- Penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak.
- Program berbuka puasa dan moreh di masjid atau surau.
- Majlis ilmu seperti tazkirah atau kuliah dibenarkan kecuali pada waktu antara pelaksanaan solat sunat tarawih.
- Tadarus al-Quran.
2. Jawatankuasa masjid
Jawatankuasa masjid atau surat digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus untuk para Jemaah.
Jamuan sahur boleh disediakan secara berbungkus kepada jemaah yang menyertai qiamullail.
Program memasak dan mengedar bubur lambuk secara berbungkus kepada jemaah.
3.Pembayaran zakat Fitrah
Secara manual atau terus kepada amil.
Secara dalam talian (online) melaluo kaedah ditetapkan adalah digalakkan.
Selain itu, tidak lupa juga mengamalkan etika ketika di masjid;
1. Membawa sejadah sendiri adalah digalakkan.
2. Berwuduk di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid atau surau.
3. Minimum penjarakan satu meter.
4. Elakkan aktiviti bersalaman.
5. Pemakaian pelitup muka diwajibkan.
Justeru, teruslah kita mematuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian Covid-19 ini segera diputuskan.