Bayar zakat fitrah, lakukan amal jariah di hujung jari sahaja dengan Tulus. Mudahnya…

Iklan

KINI, pelbagai urusan amal jariah merangkumi zakat, wakaf, infaq dan sedekah mampu disempurnakan melalui pembayaran secara online sahaja.

Lebih-lebih lagi pada era pandemik Covid-19 yang menyaksikan banyak urusan tergendala.

Iklan
Iklan

Melihat situasi itu, sebuah syarikat, Tulus Digital Sdn Bhd melancarkan aplikasi Tulus yang merupakan platform pembayaran beretika yang mematuhi asas syariah.

Ia antara lain memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pembayaran pelbagai urusan berkaitan amal jariah dengan mudah dan telus.

Iklan

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, aplikasi mudah alih berkenaan memberi kemudahan pembayaran secara digital kepada pengguna tanpa mengira masa dan lokasi.

Iklan

Lebih menarik, Tulus berperanan menggabungkan semua organisasi Islamik yang merangkumi perkhidmatan pembayaran zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

"Istimewanya pada bulan Ramadan kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat fitrah bagi sembilan negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Aplikasi tersebut bakal membantu 800,000 sehingga 1,000,000 pembayar zakat.

Dr Mohd Daud menambah, bagi perancangan masa hadapan, mereka berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan yang terdapat di aplikasi melibatkan pembayaran bagi pelbagai urusan amal jariah yang lain termasuk ibadah korban, aqiqah, khairat, takaful dan seumpamanya.

Bertemakan ‘Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? #TulusJerlah!’, Tulus Digital mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam bersama-sama menggunakan aplikasi tersebut sebagai salah satu cara untuk membuat sumbangan dan pembayaran zakat secara digital.

Jadi, jangan tunggu lagi! Orang ramai boleh memuat turun aplikasi mudah alih Tulus dan SnapNPay daripada Google Play Store dan Apple iOS Store.

Selain kaedah itu, bayaran zakat ke setiap negeri juga boleh dibuat secara dalam talian di laman web app.tulus.my. Selamat berpuasa!