BERSEMPENA dengan bulan Ramadan yang mulia ini dan Pesta Gawai Kaamatan, jenama kopi kegemaran dunia, NESCAFÉ ingin menceriakan musim perayaan dengan Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama.
Sebagai sebahagian daripada matlamat untuk terus menggembirakan pengguna, peraduan ini menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai hadiah menarik berjumlah RM1.5 juta termasuk hadiah utama berupa 10 unit Proton X50 SUV serba baharu!
Para pengguna di seluruh negara layak menyertai peraduan yang berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei depan.
Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Minuman, Othman Chraibi berkata, cara menyertainya cukup mudah iaitu hanya dengan membeli produk terpilih NESCAFÉ bernilai RM15 dalam satu resit dan menghantar penyertaan menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagi Semenanjung Malaysia, hadiah-hadiah termasuk lapan unit Proton X50 SUV bernilai RM85,000 setiap satu sebagai hadiah utama, lapan unit motosikal Honda Wave dan 336 hadiah sagu hati berupa baucar tunai RM500.
Di samping itu, terdapat 64 hadiah cabutan khas dwimingguan berupa peralatan rumah Samsung bernilai RM2,000 setiap satu.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, hadiah-hadiah terdiri daripada dua unit Proton X50 SUV dengan sebuah hadiah utama setiap satu bagi Sabah dan Sarawak.
Selain itu, terdapat juga 16 unit motosikal Honda Wave dan 224 hadiah sagu hati berupa baucar tunai RM500, di samping 64 Hadiah Cabutan Khas dwimingguan dalam bentuk peralatan rumah SAMSUNG bernilai RM2,000 setiap satu.
"Menerusi Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama, kami ingin menjadikan sambutan Hari Raya dan Pesta Gawai Kaamatan lebih istimewa buat semua rakyat Malaysia,” katanya.
SAHUR, BERBUKA DENGAN NESCAFE
Dalam pada itu, Othman berkata, berbuka dan bersahur akan lebih menyuntik kesegaran dengan secawan NESCAFÉ .
"10 pemenang bertuah bakal memandu pulang Proton X50 SUV serba baharu menjadikan sambutan perayaan lebih bermakna pada tahun ini,” katanya.
Antara produk NESCAFÉ yang terdapat di pasaran adalah seperti NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ Blend and Brew, NESCAFÉ Gold, NESCAFÉ Latte, NESCAFÉ White Coffee, NESCAFÉ Dolce Gusto dan Coffeemate dan juga produk NESCAFÉ sedia diminum.
Untuk menyertai Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama, pengguna hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah iaitu beli produk NESCAFÉ bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit, isikan nama dan butiran MyKad anda pada resit dan hantarkan gambar resit menerusi Whatsapp ke 018-228 6338 bagi Semenanjung Malaysia, 018 388 2393 bagi negeri Sabah dan 018 388 1316 bagi negeri Sarawak.
Tiada had jumlah penyertaan. Lebih banyak penyertaan yang dihantar, lebih tinggi peluang untuk menang, kata Othman.
Peruncit yang turut serta termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya besar dan kedai serbaneka serta platform e-dagang termasuk Lazada dan Shopee di seluruh Malaysia yang menyediakan resit rasmi sebagai bukti pembelian.
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama dan butiran cara penyertaan untuk peraduan ini, sila layari www.nescafe.com.my.
Foto Instagram Nescafe