APABILA tibanya bulan mulia, Ramadan Kareem, pasti kita dapat melihat setiap individu tampil berpakaian lebih sopan.
Tidak kiralah selebriti atau orang biasa, semua nampak sangat menghormati bulan yang penuh kerahmatan itu.
Menerusi perkongsiannya di Instagram pada Sabtu lalu, dia berpakaian seperti itu ketika menemani suaminya, Will Smith berlari pada waktu pagi di negara Timur Tengah.
Selain itu, warganet juga memujinya disebabkan mencuba menggayakan pakaian yang menutup aurat walaupun berlainan agama.
Baca juga Reza minta izin ibu sebelum peluk Islam
Dalam posting berlainan pula semalam, aktres berkenaan sekali lagi berkongsi foto dirinya bertudung warna pic ketika dia dan suami masih di Timur Tengah.
Sekali lagi peminat membanjiri komen pada gambar tersebut yang mereka menyukai penampilan Jada seumpama itu.