CABARAN dunia hari ini sangat berbeza. Begitu juga cabaran dalam mendidik anak-anak.
Dengan pelbagai tarikan buruk di luar sana, kita ibu bapa mesti berhati-hati.
Melihat kepada risiko ini dan tanggungjawab yang berat sebagai ibu bapa, kita tak ada jalan lain melainkan kembali kepada cara yang diajarkan oleh Islam dalam mendidik anak-anak kita.
Orang kata kalau mahu mengajar anak kecil jangan pernah jemu berpesan perkara yang sama walaupun terpaksa cakap beribu kali.
1. Beritahu anak kita bahawa dirinya adalah hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan 'mental self image' anak kita.
Anak yang tak rasa dirinya hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa.
2. Beritahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya.
Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.
4. Beritahu anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint:
Checkpoint 1 - Mati
Checkpoint 2 - Barzakh
Checkpoint 3 - Mahsyar
Checkpoint 4 - Mizan
Checkpoint 5 - Sirat
Dan selepas itu akan berakhir samada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan.
5. Beritahu anak kita bahawa al-Quran bukan cuma untuk dilagukan semata.
Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu 'take action' selepas membaca dan memahaminya.
7. Beritahu anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab dan akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.
Anak yang tahu dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki 'sense of responsibility'.
Baca juga "Tak cukup tenaga boleh ganggu fungsi otak.” Doktor kongsi tip ajar anak kecil puasa
8. Beritahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa.
Bekerja, makan, tidur, bantu adik-beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.
10. Beritahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.
Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibu bapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.
Semoga bermanfaat!