[VIDEO]Comel! Ramai terhibur telatah anak Shuib tunggu waktu berbuka

Iklan
[VIDEO]Comel! Ramai terhibur telatah anak Shuib tunggu waktu berbuka

MENDIDIK anak-anak untuk berpuasa adalah menjadi kewajipan kepada kedua ibu-bapa.

Pelbagai cara terbaik dipraktikkan ibu bapa bagi melatih anak berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Iklan
Iklan

Apabila anak-anak sudah berpuasa, mulalah muncul pelbagai gelagat mereka sepanjang masa ketika menunggu waktu berbuka.

Iklan

Seperti apa yang terjadi kepada anak selebriti terkenal Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ini.

Menerusi perkongsian sebuah video di Instagramnya, kelihatan gaya anak ketiganya itu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Iklan

Kelihatan juga di kecil itu membuat wajah 'nyawa-nyawa ikan' dan terlihat sangat sudah tidak dapat menahan.

Syuib turut menulis kapsyen dengan"Alahai kesiannya anak daddy ni. Bertahan yer sayangggg, kejap je lagi, dalam 5 jam".

Rata-rata warganet yang melihat gelagat comel itu sangat terhibur.

Rakan-rakan artis turut meninggalkan komen mengatakan gelagat anak kepada Shuib dan Siti Sarah Raisuddin itu sangat comel.

Baca juga Cukup sepasang. Aafiyah kini kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua

Sementara itu, ini pula tip buat ibu bapa yang masih pening hendak memujuk dan mengajar si kecil tentang berpuasa;

1. Alih perhatian

Diriwayatkan daripada al-Rubaiyyi’ binti Mu’awwiz r.ha bahawa wanita-wanita Ansar mendidik anak kecil mereka tentang berpuasa.

Jika mereka menangis kerana lapar diberikan permainan untuk anak-anak lalai bermain sehingga waktu berbuka.

2. Ceritakan tentang ganjaran Allah SWT

Tahukah kanak-kanak yang tidak akil baligh tapi berpuasa juga akan mendapat pahala.

Ambil masa bersama dengan anak-anak untuk berceritakan tentang kebaikan berpuasa dan kisah-kisah sirah mengenai puasa.

Terapkan ilmu tentang agama Islam yang indah dan amat sesuai dengan fitrah manusia.

3. Latih mengikut kemampuan

Ingat jangan paksa! Jangan bandingkan kemampuan anak kita dengan anak orang lain.

Sebaiknya beri mereka kelonggaran untuk berbuka. Cukup sekadar dengan memberi makan dan minum yang sewajarnya dan sering

mengingatkan mereka untuk terus mencuba pada keesokan harinya.

4. Beri reward yang positif

Beri dorongan dengan kata pujian walaupun si anak hanya mampu berpuasa dua tiga jam.