Hebatnya anak muda, sabar tak melawan. Tegur pelanggan tak pakai mask, pekerja kedai dicekik

Iklan
Untitled design

PEMAKAIAN pelitup muka adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi mencegah penularan Covid-19.

Menjadi tanggungjawab pihak premis untuk memastikan pelanggan yang memasuki kedai mematuhi SOP. Namun, lain halnya yang berlaku di Senawang, Negeri Sembilan ini.

Iklan
Iklan

Seorang lelaki berang kerana ditegur tidak memakai pelitup muka. Dia turut mengugut dan mencederakan pekerja di sebuah kedai runcit.

Video rakaman video litar tertutup berdurasi lebih satu minit menjadi tular di media sosial dimuatnaik orang awam yang memaparkan seorang individu tidak memakai pelitup muka mencekik seorang lelaki di sebuah kedai.

Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.20 pagi. Suspek mengugut dan mencekik pekerja lelaki berusia 22 tahun selepas ditegur tidak memakai pelitup muka selain tidak membuat saringan suhu badan dan mencatat nama pada buku yang telah disediakan.

Iklan

"Susulan kejadian itu, suspek yang ditahan di Senawang pada 10 malam untuk siasatan lanjut turut dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342,” kata Mohd Said dalam kenyataan.

Katanya lagi, permohonan reman akan dibuat ke atas suspek di Mahkamah Seremban hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 atau 323 Kanun Keseksaan.

Sikap pekerja berkenaan yang sabar dan tidak membalas pukulan dan menghadapi pelanggan dengan sopan berkenaan mendapat pujian warganet.

SOP PERUNCITAN

Diharapkan kita semua dapat mematuhi pematuhan standard operasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bersama-sama lah kita memerangi Covid-19.

Sumber: FB Negeri Sembilan Kini, Azril Ramli & KPDNHEP