KELAHIRAN orang baru membuatkan ramai teruja termasuk ahli keluarga dan sahabat handai. Tahukah korang yang perkongsian itu mungkin boleh membawa mudarat kepada si kecil?
Ramai yang melarang memuat naik gambar kerana bimbang mendatangkan keburukan. Larangan sedemikian mungkin disebabkan kerana khuatir bayi berkenaan terkena penyakit ‘ain. Sebelum menjelaskan lebih lanjut akan hal ini, perlu difahami tentang definisi penyakit ‘ain.
‘Ain ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata. Orang dengki dan jahat dengan sebab pandangan matanya sahaja sudah cukup untuk menyebabkan orang yang dipandangnya terkena sesuatu penyakit.
Perkara ini menyebabkan ramai tidak mahu berkongsi gambar bayi baru lahir atau anak kecil ke media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Ciri penyakit ‘ain menyerang
Terdapat beberapa ciri-ciri bayi yang ditimpa penyakit ‘ain, Antaranya ialah panas badan, sering menangis dan tidak mahu menyusu daripada ibunya, kurus dan tidak membesar seolah-olah kurang makan walhal sudah diberi makan secukupnya.
Tidak kurang juga yang mengalami kekejangan tanpa sebab yang jelas atau denyut jantung tidak teratur dan adakalanya sangat kencang.
Baca juga: Jangan goncang susu beku yang telah dicairkan sebelum diberikan kepada bayi
Bagaimana ia berlaku
Pandangan yang disebabkan kagum, teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ‘ain mengikut Ibn Hajar al-‘Asqalani (Lihat Fath al-Bari, 10/200).
Sebagaimana yang berlaku kepada Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain setelah dipandang oleh Amir bin Rabi’ah.
Menurut Ibn al-Qayyim, ”Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain, tanpa hanya dengan penglihatan. Bahkan kadangkala ada orang buta, kemudian diceritakan tentang sesuatu kepadanya lalu jiwanya boleh menimbulkan ‘ain walaupun dia tidak melihat sesuatu itu.
Ada banyak sebab ‘ain yang boleh menyebabkan terjadinya ‘ain, hanya dengan cerita tanpa melihat.” (Lihat Zad al-Ma’ad, 4/149) Ini bermakna ‘ain boleh berlaku hanya dengan perasaan tanpa melihat seperti melalui televisyen dan gambar.
Waspada
Walau bagaimana pun, tidak ada larangan secara khusus untuk memuat naik foto bayi di dalam media sosial atau dipertontonkan kerana dikhuatiri terkena penyakit ‘ain.
Ini kerana, penyakit ‘ain boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa secara berdepan atau melalui gambar.
Ucapkan barakallahu fik atau tabarakallah
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlu mengambil serius beberapa hal di bawah:
Ini adalah berdasarkan saranan Nabi SAW dalam hadis Abu Umamah (Riwayat Ibn Majah, no. 3509).
Doa sebagai pelindung
Untuk mengelakkan dan melindungi bayi daripada terkena penyakit ‘ain, baca dan amalkan doa yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada cucunya, Hassan dan Hussain:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya:"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)
Korang jangan melakukan sesuatu yang syirik dan khurafat pula bagi mengelakkan terkena ‘ain seperti meletakkan gunting dan memakaikan tangkal kepada bayi.