Resipi sempoi badam bersalut coklat. Dua bahan sahaja pun sedap

Iklan
Untitled design (1)

Mungkin ramai yang tercari-cari resipi untuk dicuba. Bukan sahaja resipi untuk juadah berbuka malah enak untuk dinikmati tatkala moreh dan hari raya.

Walaupun belum tentu dapat balik ke kampung pada hari raya nanti, sekurang-kurangnya persediaan untuk Aidilfitri tetap ada.

Iklan
Iklan

Badam bersalut coklat, semudah nama sesedap rasa! Ringkas sahaja cara pembuatannya.

Perkongsian daripada Ameera ini dengan hanya menggunakan dua bahan. Sesiapa sahaja boleh cuba membuatnya. Memang mudah.

Iklan

 

[caption id="attachment_43524" width="1024"] Sumber: FB Ameera[/caption]

Iklan

 

S/h: Resipi

Bahan-bahan

400gm badam

6 paket coklat Cadbury Dairy Milk (160gm)

Baca juga: Elok kejadiannya, resipi Nasi Dagang Terengganu gerenti jadi. Teknik rahsia buat gulai ikan tongkol jadi sedap

Cara penyediaan

1. Sangai badam tanpa minyak dengan api sederhana.

2. Kemudian masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 20 minit.

3. Sementara itu, patah-patahkan coklat Cadbury ke dalam mangkuk yang tahan panas.

4. Cairkan coklat dengan teknik ‘double boil.’

5. Setelah coklat mencair, sejukkan selama 15 minit.

6. Gaul sebati coklat bersama badam.

7. Sudukan adunan ke atas dulang.

8. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.

9. Keluarkan dan sudah siap. Sedia untuk di makan!

Senang sahaja penyediaannya. Bahan pun tak banyak. Rugilah kalau tak cuba untuk hidangan hari raya nanti.

Sumber: Ameera