“Benda boleh jimat kenapa beli mahal.” Rumah flat persis apartmen mewah, wanita kongsi tip deko bajet

Iklan
1

RUMAH flat pun boleh bertukar persis apartmen mewah andai bijak disusun atur. Cantik dan kemas hanya menggunakan bajet minimum, ruang kediaman bertukar sedap mata memandang.

Setiap kediaman mempunyai ruang yang sama keluasannya. Apa yang membezakan ialah dekorasi dan ambience di dalamnya. Perkongsian foto kediaman Ayu Roses di sebuah grup dekorasi menjadi tular. Warganet rata-rata mengagumi kreativiti ibu empat cahaya mata ini dalam menata hias ruang kediaman seluas 712 kaki persegi miliknya. Tidak kurang yang terinspirasi.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_43573" width="1024"] Foto ruang tamu sebelum (kiri) dan selepas (kanan).[/caption]

Masuk rumah terus jumpa dapur

Iklan

Kongsi Ayu, pelan lantai kediamannya ini memanjang dari pintu masuk terus ke ruang tamu."Selepas masuk rumah, akan terus jumpa dapur. Tema dekorasi ialah asalkan sedap mata memandang,” kata Ayu.

Ayu dalam temu ramah dengan Sinar Plus mengganggarkan kos membeli perabot dan barang-barang kediaman ialah kira-kira RM1,000 yang dibuat menerusi atas talian.

Iklan

"Saya tak buat kira-kira pula. Rasanya hanya menukar meja makan, kabinet televisyen, cermin hiasan dan kertas dinding. Kebanyakannya saya beli di Shopee, habis dalam RM1,000 lebih,” kata Ayu.

Nampak putih, rupanya kelabu

"Ayu sengaja tidak letak karpet pada ruang tamu supaya mudah nak sapu atau mop rumah. Ayu juga tidak letak meja kopi kerana anak-anak tengah melasak. Ayu biarkan ia bagi memberi ruang anak-anak bermain,” kata wanita ini.

Menjawab soalan daripada warganet, almari berlaci yang diletakkan pada ruang ini adalah pemberian daripada makciknya. Ia asalnya warna asal kayu jati kemudian dicat warna putih. Manakala cermin besar yang digantung pada dinding menjadi titik fokal utama yang menyerlahkan.

Ruang makan

Ruang makan terletak bersebelahan dengan ruang tamu. Pada ruang ini, diletakkan meja makan dan sebuah rak yang dijadikan kaunter bar. Kaunter bar itu kata Ayu menjadi tempat dia dan suami minum petang atau makan tengah malam. Ia juga pembahagi ruang antara ruang dapur dan ruang makan atau ruang tetamu.

"Cermin berbingkai warna rose gold Ayu beli di Eco Shop. Saiznya 5 inci X 3 inci. Bajet tak sampai sampai RM35 pun. Kalau beli cermin hiasan, harga tak lari daripada RM200 lebih. Jadi kita pilih yang super duper jimat sahaja.

Pada ruang terhad, Ayu kreatif mewujudkan mini dapur kering dengan meletakkan sebuah rak putih dan rak dinding yang meyimpan pelbagai perkakas elektrik seperti mesin pengisar, periuk nasi dan pembakar roti.

"Konon-konon ini mini dry kitchen. Ruang ini Ayu guna rak Kallax untuk letak barang elektrik yang jarang digunakan. Mesin pengisar dan pembakar roti tu anak selalu bawak lari ke ruang tamu.

"Daripada pintu masuk akan terus nampak ruang tamu. Jadi Ayu letak langsir Ikea supaya orang yang lalu lalang di luar pintu rumah tidak nampak terus ke dalam,” kata Ayu.

Benda boleh jimat kenapa nak beli yang mahal?

[caption id="attachment_43579" width="1024"] Ruang dapur sebelum dekorasi (kiri) dan selepas (kanan).[/caption]

Walau pun tanpa kabinet dapur bina dalam, dapur kediaman ini kemas tersusun. Ruang yang hanya seluas 6 kaki x 6 kaki ini boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu masa.

Terdapat banyak rak terbuka diletakkan pada ruang ini. Kebanyakan bekas-bekas penstoran berwarna putih menjadikan ia seragam dan kelihatan kemas. Ayu memanfaatkan ruang bawah sinki untuk meletakkan tong gas memasak, peralatan pembersihan dan perkakas tajam berbahaya.

[caption id="attachment_43580" width="1024"] Ruang storan dapur sebelum dekorasi (kiri) dan selepas (kanan).[/caption]

Perkongsian Ayu mendapat 22,000 reaksi dan lebih 2,000 komen. Katanya perkongsian ini di harapkan dapat membantu memberikan idea ahli grup yang selalu ingin mendapatkan solusi dekorasi kediaman yang memanjang.

Sumber: Ayu Roses dan KaMi SuKa DeKo DeKo