SELEPAS bersalin anak kedua, ratu pop negara, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya discaj daripada hospital dan bakal pulang ke rumah.
Siti yang melalui rawatan intra-uterine fertilization (IVF) untuk hamil anak keduanya ini selamat melahirkan melalui pembedahan caesarean pada 19 April lalu.
Kakak Afiyah menunggu di rumah
Menerusi hantaran itu, Siti menyatakan penghargaannya kepada para kakitangan hospital yang terlibat dengan proses kelahiran anak lelakinya itu.
Artikel berkaitan: Cukup Sepasang. Aafiyah Kini Kakak, Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua
Siti dan bayi sihat
Siti turut memaklumkan dia dan puteranya itu berada dalam keadaan sihat. Siti turut mengharapkan untuk menikmati proses berpantang yang lancar.
"Hari ini saya sudah pulang ke rumah, saya dan bayi juga sihat. Semoga proses berpantang juga akan lancar. Terima kasih di atas kata-kata semangat, doa dan ucapan-ucapan tahniah yang saya dan suami terima sampai ke hari ini,” kata Siti.
Ucapan selamat berpantang dan kesyukuran membanjiri ruangan komen Instagram penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini. Ada juga yang tertunggu-tunggu reaksi Siti Aafiyah saat pertama kali bertemu adiknya itu.
Sinar Plus mengucapkan selamat berpantang buat Datuk Siti Nurhaliza. Semoga kesihatan diri dapat dipulihkan kembali. Tidak sabar untuk melihat Siti Aafiyah bersama-sama dengan adiknya.
Sumber: @ctdk