Meninggal kerana komplikasi kegagalan organ, bukan Covid-19. Adik Azlan Typewriter tampil betulkan punca kematian bapa

Iklan
6

KEHILANGAN orang tersayang adalah amat memeritkan. Perkara ini yang sedang dilalui penyanyi Azlan Typewriters yang baru sahaja kehilangan bapa semalam.

Azlan dalam kenyataannya kepada media sebelum ini memaklumkan yang bapanya meninggal dunia selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat Covid-19 dan proses pengurusan jenazah terpaksa dilakukan oleh pihak hospital.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan terbaru, adik Azlan yang dikenali sebagai Yaya Nadiah Sallehudin memperbetulkan fakta yang dikongsi abangnya.

[caption id="attachment_43653" width="1024"] Yaya di samping Allahyarham Sallehudin[/caption]

Iklan

Kata Yaya bapa mereka meninggal dunia kerana komplikasi yang berlaku selepas dijangkiti Covid-19. Ketika menghembuskan nafas terakhir, bapanya telah sembuh. Malah jenazah ayah dibenarkan untuk dibawa pulang untuk proses pengebumian.

Bapa mereka, Sallehudin Che Ani, 68, akhirnya menghembuskan nafas terakhir semalam kira-kira jam 4.25 petang semalam.

Iklan

Video conference

Menurut Azlan bapanya telah tiga minggu bertarung nyawa melawan Covid-19. Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memaklumkan bapanya meninggal dunia di Hospital Selayang dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Penyanyi berusia 39 tahun ini juga meluahkan perasaan sayu yang dialami lantaran hanya berpeluang melihat detik akhir pemergian bapa tersayang melalui video call.

"Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada 4.25 petang Rabu. Perasaan saya jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham pelahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

"Pihak hospital memberi kebenaran kami ‘video conference’ dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu.

Azlan ketika itu memberitahu jenazah bapa tidak dapat diuruskan sendiri lantaran Covid-19 dan pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad.

Salah faham

Namun info yang disampaikan Azlan sebelum ini diperbetulkan  Yaya. Menurut Yaya, maklumat mengenai kematian bapa mereka yang disampaikan melalui abangnya kurang tepat akibat salah faham.

Dalam hantaran lain di Instagram, Nadiah juga turut berkongsi tentang keadaan jenazah bapanya sebelum dikebumikan.

Sinar Plus mengucapkan takziah buat Azlan dan keluarga atas kehilangan bapa tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber: Yaya Nadiah