BAGAIKAN wanita Melayu terakhir.
Begitulah gambaran pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baru-baru ini, menerusi Instagram @terengganu_royalfamily telah memuat naik foto terbaharu Tengku Fatimatuz Zahra’ yang menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-19 pada 19 April lalu.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Beliau turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.
Tengku Fatimatuz Zahra’ juga antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan sahaja disebabkan lemah lembut dan sering mengukir senyuman manis, bahkan keperibadiannya juga sangat dikagumi.
Busana yang disarungnya terutama pakaian tradisional dan songket Terengganu yang indah juga sering menjadi perhatian ramai.
Ramai warganet sependapat bahawa Tengku Fatimatuz Zahra’ mewarisi kejelitaan bonda dan ayahandanya.
Menerusi laman Instagram @terengganu_royalfamily, ramai yang memujinya.
Antara komen-komen mereka adalah seperti berikut: