“Saya puasa penuhlah.” Bell Ngasri sinonim “geng plastik hitam” gara-gara Barkoba

Iklan
1

GENG plastik hitam sinonim dengan bulan puasa. Setiap kali Ramadan juga Bell Ngasri pasti akan tular di media sosial.

Pelakon dan pelawak Bell atau nama sebenarnya Nasrizal atau Ngasrizal Ngasri tidak pernah mengambil hati apabila dijadikan bahan ketawa. Malah wajahnya turut diletak dalam kumpulan aplikasi WhatsApp dan sebagainya hingga tersebar merata-rata.

Iklan
Iklan

Semuanya gara-gara Barkoba

Iklan

Kata Bell kepada portal berita tempatan ini adalah ekoran watak Barkoba lakonannya Ngasri menerusi drama 16 dan 17 Puasa. Dia menyifatkan wataknya itu masih diingati sekali gus menunjukkan lakonannya diterima baik oleh para penonton.

Iklan

"Walaupun asal bulan Ramadan ada sahaja yang menjadikan wajah saya sebagai jenaka geng plastik hitam. Tapi saya OK sahaja, tak ada masalah pun tentang itu.

"Bagi saya, watak itu berjayalah, orang suka. Kalau ada yang cakap saya tak puasa, itu Barkoba atau Ngasri lah. Saya masih berpuasa ya!,” kata bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Dilakonkan di bulan Ramadan

Bell juga turut berkongsi bahawa sesi penggambaran bagi drama 16 Puasa enam pada tahun lalu sebenarnya telah dijayakan pada bulan Ramadan.

"Cuba tengok betul-betul, saya makan atau tidak dalam babak-babak yang dipertontonkan dalam drama itu? Saya tak makan sebab waktu itu saya berpuasa.

"Saya sebenarnya tak sangka walaupun drama itu sudah lama, tetapi naskhah Mamat Khalid ini ada kelompok peminatnya tersendiri. Tak sangka juga dapat perhatian sebab saya ini buat sahaja kerja sebagai pelakon.

"Kalau nampak macam betul tak puasa itu, maknanya saya berjayalah buat penonton percaya dengan hasil kerja saya,” ujarnya.

Bell yang memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak mewarisi darah seni dari keluarga. Bapanya, Ngasri Sain adalah penyampai radio manakala abangnya, Naszeli Ngasri dan dua adiknya, Darling Ngasri dan Anne Ngasri turut aktif sebagai pelakon.

Pada 15 April lalu, filem 18 Puasa Di Kampung Pisang arahan Mamat menjadi pilihan penonton di Astro First apabila berjaya mencatat kutipan RM1 juta dalam tempoh tiga hari.