Bantuan khas Aidilfitri, penjawat awam Selangor raih setengah bulan gaji

Iklan

UNTUNGNYA penjawat awam di Selangor!

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.

Iklan
Iklan

BKK tersebut akan dibayar pada 19 Mei depan.

Iklan

Apa yang menyebabkan ia bertambah menarik, menurut beliau, kerajaan negeri juga bersetuju agar pembayaran BKK dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat (MPKK), pegawai perhubungan kampung baru/ bagan/ tersusun, ketua komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) sebanyak RM1,000 dan Penggerak Belia Selangor sebanyak RM500 yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Mahabbah Ramadan bersama Penjawat Awam Negeri Selangor, hari ini.

Iklan

Kata Amirudin lagi, pembayaran BKK itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta.

Media tempatan melaporkan, dalam perkembangan lain, Amirudin berkata sehingga 15 April lepas, kerajaan negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM853.31 juta atau 38.79 peratus daripada anggaran hasil bagi 2021 sebanyak RM 2.20 bilion, penurunan sebanyak 19.39 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Terdahulu, penjawat awam seluruh negara turut mendapat 'imbuhan' apabila semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kira-kira dua juta bakal menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 yang merangkumi semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Baca juga Berita gembira buat penjawat awam. PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri RM500

Muhyiddin turut menyatakan pemberian bantuan khas itu termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Manakala golongan pesara kerajaan pula bakal menerima bantuan berjumlah RM250.

Tahniah kepada semua! Teruslah kita amalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kembali meningkat di negara kita.