Setahun dirogol, liwat, akhirnya bapa dan 3 abang dicekup. Derita remaja perempuan berakhir

Iklan
1

SUMBANG mahram adalah jenayah yang berlaku secara senyap. Jenayah seksual seperti pemerkosaan dan liwat dalam kalangan ahli keluarga ini selalunya mensasarkan golongan kanak-kanak.

Penderitaan remaja berumur 18 tahun dari Tanjung Minyak, Melaka ini berakhir. Dia dipercayai menjadi mangsa perbuatan rogol dan liwat bapa serta tiga abang kandungnya. ‘Neraka dunia’ itu berakhir apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan polis semalam.

Iklan
Iklan

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis Rabu lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, daripada laporan diterima, remaja perempuann yang berusia 18 tahun mendakwa berhadapan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak.

Iklan

Siang abang-abang, malam bapa

Kata Mohd Sukri, remaja berkenaan mendakwa diperkosa dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga abangnya di rumah. Dia juga dikatakan diberikan minuman yang dicampur dengan bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum melakukan jenayah tersebut.

Iklan

Manakala pada sebelah malam pula mangsa terpaksa menghadapi perbuatan sumbang bapanya pula. Sekiranya melawan dia akan dipukul.

Setahun berlarutan

3 suspek positif dadah

Ekoran daripada laporan remaja berkenaan, kesemua abang dan bapanya yang berusia 23 hingga 48 tahun telah ditahan dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati, tiga daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurut Mohd Sukri, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Panduan sekiranya menjadi mangsa. Jangan lebih 72 jam!

Ini adalah panduan sekiranya korang menjadi mangsa jenayah rogol atau seks luar tabii ini.

1. Jangan basuh mandi atau menukar baju anda. Ia hanya akan memusnahkan bukti penting seperti air mani, darah, air liur, rambut dan sebagainya.

2. Dapatkan kawan anda. Ia boleh menjadi sangat sukar untuk mangsa kerana mungkin akan trauma. Dapatkan sokongan rakan atau ahli keluarga untuk pergi bersama anda ke hospital dan / atau balai polis untuk , atau hubungi perkhidmatan NGO atau kaunseling wanita.

3. Buat pemeriksaan kesihatan di Jabatan Kecemasan & Trauma hospital kerajaan segera. Doktor akan memeriksa anda ruang khas untuk mengumpul bukti. Anda akan terlebih dahulu diberikan borang untuk mendapatkan kebenaran untuk peperiksaan perubatan dan maklumat itu digunakan untuk siasatan polis. Doktor boleh memeriksa kawasan alat kelamin dan pakaian. Walau pun kurang selesa dengan keadaan ini, bukti perlu dikumpulkan segera.

5.Beritahu seseorang yang anda percayai atau Pertubuhan Bukan Kerajaan yang membantu wanita untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling walaupun anda memutuskan untuk tidak membuat laporan polis. Ini penting untuk menangani perasaan takut, kebimbangan, dan ketidakpastian yang sering dialami mangsa pemerkosaan.

Bertindak segera, jangan berlengah. Sayangi diri anda sendiri. Jangan biarkan mereka terus merosakkan masa depan. Semoga mendapat keadilan sewajarnya.

Sumber: Women’s Centre for Change